top of page

‘Harga barangan stabil bukti kejayaan Kerajaan Perpaduan’



Oleh: Abdullah Zaid


Harga barangan keperluan yang terus stabil dan murah sepanjang musim perayaan Aidilfitri 2024 membuktikan Kerajaan Perpaduan berjaya mengawal harga barang.


Pengarah Biro Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, kejayaan itu membuktikan peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berjaya menjalankan tugas dengan cukup baik dalam mengendalikan bekalan serta harga mengawal barangan keperluan.


Katanya, kejayaan itu sekali gus menunjukkan harga barangan keperluan kini lebih murah dan stabil jika dibandingkan pentadbiran kerajaan PN pada 2020 - 2022 lalu.


"Kita perlu akui kejayaan penurunan dan pengimbangan harga barangan pada musim perayaan ini, terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.


"Kita boleh lihat penguatkuasaan dan ketegasan kerajaan agar peniaga mengikut harga barangan jualan dalam pasaran berdasarkan harga yang disyorkan telah berjaya dilakukan. Apatah lagi harga barangan mentah kegunaan rakyat berada pada paras tidak membebankan


"Hal membuktikan Kerajaan Perpaduan jauh lebih baik daripada pemerintahan terdahulu yang dilihat lepas tangan dan tidak mempunyai ketegasan dalam memastikan bekalan serta harga jualan di bawah paras yang tidak membebankan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Tambah beliau, apa yang lebih membanggakan adalah bekalan keperluan begitu banyak di pasaran dan dijual pada harga yang murah walaupun pada bulan Ramadan dan Syawal yang menyaksikan permintaan amat tinggi.


Namun begitu, kata Aishah masih ada sesetengah pihak yang menyelar Kerajaan MADANI seolah-olah tidak melakukan apa-apa bagi menangani soal kos sara hidup rakyat.


"Biasalah bila pihak pembangkang menggunakan isu ini sebagai bahan politik mereka tetapi saya yakin kematangan rakyat di bawah melangkaui permainan kolot politik pembangkang sedia ada.


"Selain itu, dengan adanya jualan Rahmah dan jualan harga murah yang ditawarkan oleh banyak pasar raya membuktikan keprihatinan kerajaan bukan sahaja sekadar bercakap, tetapi dipraktikan dengan penglibatan semua," ujarnya lagi.


Untuk rekod, barangan pada musim perayaan misalnya ayam pada 2021 pernah mencatat sehingga RM12 sekilogram sebelum kembali stabil pada 2024 kepada RM8.40, selain harga minyak masak mencecah sehingga RM43.00 berbanding harga kini hanya RM29.60.


Selain itu, harga daging pernah direkodkan RM45.00 sekilogram semasa pentadbiran kerajaan terdahulu sebelum mereda kepada RM32.00 sekilo sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page