top of page

Harga barang naik: Dah nak raya, baru nak bertindak?


Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengumumkan penambahan 19 jenis barangan harga terkawal dua hari sebelum raya Aidilfitri boleh dianggap sudah terlambat untuk menangani isu harga barang naik.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berpandangan bahawa kerajaan sepatutnya lebih peka terhadap masalah pendapatan yang dihadapi rakyat ketika ini, bukannya membiarkan sehingga harga barang naik mendadak sekaligus menambah lagi beban kepada rakyat.


"Menteri dan Timbalan di bawah PN lambat bertindak. Raya tinggal 2 hari lagi. Baru tengah malam keluar berita 19 barang tambahan akan dimasukkan dalam skim harga maksimum musim perayaan.


"Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pada ketika ramai yang mengalami pemotongan gaji, kehilangan pendapatan mahupun dibuang kerja, sepatutnya isu kawalan harga barang menjadi isu pertama yang diselesaikan," katanya menerusi akaun Facebook rasminya.


Tambah Fahmi, keadaan cukup berbeza ketika di zaman pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, apabila isu harga barang berjaya ditangani dengan baik.


"Sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan mentadbir, isu ini diberi penekanan khusus oleh Menteri dan Timbalan hingga hampir tiada keluh kesah isu harga barang bila tiba musim perayaan.


"Kelewatan ini amat dikesali dan tidak patut berlaku. Beban yang dipikul rakyat belum tentu dikurangkan, jika penguatkuasaan tidak pantas. Menteri dan Timbalan perlu ambil tanggungjawab," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page