top of page

Harga ayam, daging melambung jika pengeluaran babi dilanda wabak



Wabak demam babi afrika (ASF) yang melanda Malaysia perlu ditangani secara tuntas dan penternak babi sewajarnya diberi pampasan agar tidak jatuh muflis.


Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH - Bayan Baru) berkata demikian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat sesi petang.


Menurut beliau, bukan sahaja bukan Islam akan terjejas sekiranya bekalan daging babi berkurangan di pasaran tetapi orang Islam yang mengkonsumsi protein ayam dan daging juga akan terjejas kerana beralihnya bukan muslim kepada kedua dua sumber protein itu.


"Saya mohon perkhidmatan veterina, isu demam babi Afrika menyebabkan kerugian yang cukup besar kepada penternak babi di seluruh negara.


"40% rakyat Malaysia adalah non muslim dan daging babi adalah sumber protein yang sangat penting untuk non muslim. Kita tahu ASF menyebabkana kerugian yang sangat teruk kepada penternak dan banyak yang lingkup. Ini isu keselamatan makanan kepada negara


"Kerajaan sememangnya buat perancangan bayar pampasan kepada penternak. Pampasan perlu disalurkan secepat mungkin supaya mereka tidak lingkup.


"Kalau lingkup, daging babi akan kurang maka mereka akan beli ayam pula atau daging lain, menyebabkan harga ayam akan melonjak. Jadi kepelbagaian protein itu amat penting untuk kestabilan sekuriti protein di negara kita," katanya.


Berhubung tanah pertanian yang sukar diperolehi oleh petani atau syarikat pengusaha pertanian pula, Sim mahu Kerajaan Negeri melonggarkan syarat pajakan atau perolehan tanah kerajaan.


"Kita tahu tanah pertanian amat diperlukan kerana masih ramai yang mencari tempat di mana boleh dapat tanah.


"Kita tahu jabatan kerajaan dan agensi kerajaan mempunyai tanah yang luas dan tanah yang di bawah jagaan agensi kerajaan pun banyak yang terbiar


"Kita perlukan pengkala data di mana petani atau syarikat boleh mendapatkan database untuk memohon tanah mengikut proses


"Kedua, adalah Taman Kekal Pengeluar Makanan juga banyak tanah terbiar. Petani selalunya ada (dapat kebenaran berkebun) 10 tahun belum bayar apa apa sewa kepada kerajaan. Perlukan satu audit siapa yang belum bayar atau tidak diusahakan dikeluarkan (senarai)," katanya lagi.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page