top of page

'Harap kekalkan semangat pemilihan untuk menang PRU 15' - Chua Wei Kiat



Semangat anggota KEADILAN untuk mengundi fizikal di Cabang Hulu Selangor hari ini diharapkan akan kekal untuk memastikan KEADILAN menang sekali lagi di Parlimen berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Calon Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat, Chua Wei Kiat berkata, ramainya anggota yang turun mengundi memberi bayangan mereka akan kerja kuat menuju PRU 15 beberapa bulan akan datang.


"Pusat mengundi (dewan) nampak parti urus dengan baik, ada khemah, kerusi, kipas. Jadi kita harap anggota datang mengundi dengan selesa. Kalau terlalu ramai mungkin perlu sedikit masa menunggu.


"Kita nampak ramai anggota yang turun, saya harap kekalkan semangat ini untuk PRU akan datang. Tidak kisah siapa calon yang dilantik, kita perlu turun (kerja) untuk PRU, menang dan mengangkat Datuk Seri Anwar sebagai PM," katanya ketika ditemui Suara Keadilan sewaktu melawat pusat pengundian fizikal di Hulu Selangor, pagi tadi.


Menurut Ahli Dewan Negeri Rawang itu lagi, pemilihan kali ini agak lebih baik berbanding sebelumnya kerana parti memperkenalkan Pengundian Atas Talian (PAT) yang membolehkan kebanyakan ahli memilih di rumah atau di tempat yang sesuai tanpa perlu beratur di pusat pengundian.


"Kali ini parti guna PAT, secara online dan fizikal. Anak muda biasanya gunakan cara online. Mereka boleh pilih online atau fizikal.


"Kita pun tahu sebelum ini kalau pemilihan mungkin kelam kabut. Tetapi kali ini agak teratur berbanding dengan dulu. Orang boleh mengundi di rumah, mereka tidak perlu beratur panjang.


"Saya harap sistem online yang dibangunkan itu dapat dikembangkan dengan pelbagai fungsi selain waktu pemilihan," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page