top of page

Hanya orang tidak waras buat PRU waktu banjir - Tan Kar Hin



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sewaktu banjir bukanlah pilihan yang boleh ditawarkan kepada rakyat dalam ada keadaan sekali pun.


Menurut Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN (JPRP), Tan Kar Hing, amaran Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa akan berlaku banjir pada bulan November tahun ini sewajarnya diberi perhatian rapi oleh Kerajaan BN - PN.


"Selepas (Presiden Umno) Ahmad Zahid mencadang PRU waktu banjir, Perdana Menteri tidak menolak idea ini secara terus terang, tapi cadang tanya rakyat sama ada menerima atau marah terhadap BN jika buat PRU waktu banjir.


"Bagi saya hanya orang yang tidak waras seperti Umno BN yang akan sokong PRU diadakan waktu banjir.


"Kita juga faham naratif yang cuba dimain oleh BN adalah Pakatan Harapan (PH) takut kalah kalau PRU diadakan. Bagi saya ini bukan soal kalah atau menang, tapi persoalannya kita pentingkan kuasa atau nyawa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kar Hing yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, banyak perkara yang perlu ditanyakan kepada pihak yang mahu melaksanakan PRU pada musim banjir.


Terutama, adakah pusat mengundi dan pusat pemindahan banjir akan dilaksanakan dalam satu premis jika banjir benar benar terjadi.


"Juga pegawai dan kakitangan pilihan raya yang bakal dilantik kebanyakan terdiri daripada kalangan penjawat awam, adakah waktu itu mereka akan diberi arahan “jaga nyawa orang atau jaga peti undi?


"Anggota keselamatan yang ditugaskan pada waktu PRU pula apakah perlu menjaga kelancaran perjalanan pilihan raya atau turun padang selamatkan nyawa dan harta benda rakyat?" tanyanya.


Menurut ADUN Simpang Pulai itu lagi, jumlah pengundi setakat Ogos 2022 adalah 21.1 juta berbanding dengan tahun 2018 hanya 14.9 juta


Katanya, susulan penambahan pengundi yang begitu banyak, pegawai dan pasukan yang terlibat dengan urusan pilihan raya kali ini sudah tentu akan bertambah, termasuklah juga pusat pengundi yang juga perlu ditambah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page