Hanya kerana persoal pelantikan PAS, Hannah Yeoh disiasat polis


Hannah Yeoh menjadi pemimpin Pakatan Harapan (PH) terbaru yang disiasat oleh polis berhubung kenyataan di media sosial rasminya.


Bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu diminta untuk memberi keterangan di Bukit Aman kerana mempersoalkan pelantikan pemimpin PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff yang kini memegang jawatan yang disandang Hannah sebelum ini.


Ahli Parlimen Segambut itu bimbang pelan jangka panjang negara yang diusahakan oleh pasukan dibawah Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur akan menjadi sia-sia.


Ini terutamanya kerana PAS sentiasa berpendirian bahawa perkahwinan bawah umur adalah wajar dengan alasan bagi mengelak daripada gejala maksiat, walaupun hakikatnya pelaku salah kepada perbuatan maksiat harus dihukum, bukannya boleh terlepas melalui perkahwinan.


Bagaimanapun, tindakan Hannah mempersoalkan perkara tersebut mungkin mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin PAS, sehingga beliau disiasat polis, seolah-olah melakukan jenayah berat.


"Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi siasatan mengenai kenyataan di Twitter.


"Sekarang ini, tanya soalan pun tak boleh. Sidang Parlimen bulan Mei juga tak diberi peluang tanya soalan. Roadmap ini hasil kerja kuat pentadbiran bawah PH," katanya di Twitter.


Hannah merupakan pemimpin PH terbaru disiasat polis, selepas Sivarasa Rasiah, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Xavier Jayakumar.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio