Hanya 3 peratus telah divaksin, proses vaksinasi terlalu perlahan


Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang mendesak kerajaan PN mengendalikan program vaksinasi Covid-19 secara telus dan berkesan, agar kekebalan berkelompok boleh dicapai dalam masa terdekat.

Beliau berkata, data KKM menunjukkan bahawa sehingga 18hb Mei, penduduk yang telah menerima 2 dos vaksin hanya di sekitar 790 ribu orang (2.5% daripada populasi Malaysia).


“Proses ini amat perlahan dan sangat membimbangkan.

“Menurut Menteri yang mengendalikan program vaksinasi, Khairy Jamaluddin, fasa pertama program ini akan memberi keutamaan kepada 500 ribu orang anggota barisan hadapan untuk menerima vaksin. Selepas itu, fasa kedua yang bermula pada bulan April akan memberi tumpuan kepada 9.4 juta orang warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya.


“Maka, hanya sekitar 290 ribu orang yang telah menerima 2 dos vaksin dalam fasa kedua sejak April,” katanya.

Disebabkan rekod itu, Lih Kang menyelar kerajaan atas program imunisasi yang terlalu perlahan.


“Bilangan kes baharu dan kematian mencatat rekod tertinggi kebelakangan ini, kebanyakan kematian adalah dari golongan warga emas dan kumpulan rentan.


“Program vaksinasi fasa kedua merupakan fasa yang amat ketara agar kadar kematian akan menurun.


“Namun, kita hanya capai 3% (290 ribu daripada 9.4 juta) vaksinasi sempurna di kalangan golongan rentan. Kadar keberkesanan yang terlalu rendah ini mengakibatkan ramai di kalangan Rakyat kita masih terdedah kepada ancaman yang besar,” katanya.

Selain itu, Lih Kang juga menyeru kerajaan supaya bersifat adil dalam pengagihan vaksin dan mengikut keperluan secara saintifik.


“Kerajaan perlu jelaskan apakah pertimbangan mereka dalam pengagihan vaksin? Sebagai contoh, hanya 3.81% penduduk Selangor yang telah menerima vaksin, sedangkan Selangor merupakan negeri berpopulasi tinggi dan mencatat kes baharu Covid-19 yang paling tinggi.


“Negeri Selangor yang menghadapi keadaan kritikal dan sepatutnya terima bilangan vaksin paling banyak merupakan negeri yang kedua rendah dalam penerimaan vaksin.


“Kerajaan harus agihkan sumber secara telus, adil dan saintifik serta mempercepatkan program vaksinasi, khususnya di Negeri Selangor demi menjaga keselamatan rakyat seluruh negara,” katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER