top of page

Hantu Lapar Tidak Menakutkan, Hantu Politik Lebih Menggerunkan



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Tiba lagi Pesta Hantu Lapar yang disambut oleh masyarakat Cina setiap bulan ke 7 kalendar Cina. Ia mungkin salah satu daripada sambutan kebudayaan, tetapi di Malaysia, ia merupakan satu pengamatan yang besar oleh masyarat Cina, lebih daripada sambutan dalam negara China. Namun artikel ini bukan berkenaan dengan sejarah sambutan tetapi lebih kepada pengamatan politik semasa dari konteks perayaan.


Apabila Sambutan Pesta Hantu Lapar 2023 semakin menghampiri, suasana politik Malaysia juga menunjukkan kontras yang membimbangkan. Pilihan Raya Negeri telah berlangsung pada 12 Ogos 2023, sambutan selama beberapa hari. Tempoh pasca-PRN adalah yang paling sesuai untuk menurunkan suhu politik.


Seperti Pesta Hantu Lapar adalah masa untuk orang mengingati nenek moyang dan jiwa yang hilang, begitu juga kita harus merenungkan kesilapan lalu dan ‘move on’ dalam identiti sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita mengambil peluang ini untuk menggunakan metafora unik ini untuk meneroka pelbagai aspek politik Malaysia.


Hormat institusi dan Perlembagaan negara


Pertama sekali, aspek penting dalam Pesta Hantu Lapar ialah luahan perasaan hormat kepada mendiang yang telah meninggal. Sepanjang bulan adalah masa di mana masyarkat Cina mengingati serta menghormati mereka yang telah meninggal dunia dan mengiktiraf kesan mereka kepada kita.


Begitu juga politik Malaysia, di mana semua pihak seharusnya menghormati institusi dan Perlembagaan negara sebagai peninggalan oleh pemimpin negara kita yang lalu. Pemimpin politik harus mengingati tanggungjawab mereka dan mengambil tanggungjawab yang lebih besar untuk janji yang dibuat oleh negara dan rakyat.


Kita maju ahli-ahli dalam Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara menunjuk semangat kenegaraan dengan mengambil berat tentang masa depan negara serta mengutamakan kepentingan rakyat.


Hantu lapar yang tidak kelihatan di mata kasar, tetapi hantu politik yang sentiasa mengeruhkan keadaan dengan hujah songsang. Peluang perbahasan dalam dewan telah dijadikan platform bagi ahli politik meluahkan perasaan dan tidak mendatangkan perkembangan positif untuk negara.


Amalan feudalisme dan 3R


Pesta Hantu Lapar adalah masa untuk masyarakat Cina merenung tingkah laku sendiri. Ia adalah masa untuk orang ramai merenung kembali mendiang ahli keluarga semasa mereka masih hidup dan bagaimana mereka boleh memperbaiki kehidupan mereka di masa hadapan.


Begitu juga, politik perlu meneliti tingkah lakunya sendiri. Pemimpin harus melihat kembali manifesto pilihanraya untuk mempertimbangkan sama ada ia telah membawa manfaat yang besar kepada rakyat. Introspeksi sebegini adalah penting untuk perkembangan politik, membantu kita menolak rasuah dan menambahbaik reformasi institusi agar mendatangkan khidmat yang lebih baik untuk orang ramai.


Tambahan pula, Pesta Hantu Lapar juga mengajar untuk menghargai apa yang mendiang tinggalkan untuk hari ini. Ia adalah masa di mana orang bersyukur dengan apa yang mereka ada dan menghormati apa yang telah berlalu. Kita tidak seharusnya melihat politik sebagai alat untuk bersaing untuk kuasa, tetapi untuk menggalakkan pembangunan negara secara konstruktif dan membiarkan rakyat berkongsi hasil.


Namun, hari ini masih ada lagi ahli politik yang mengutamakan amalan feudelisme dengan mengapi-apikan isu 3R. Tidak ada sesiapa ingin melihatkan kemusnahan negara, walaupun petanda kemerosotan daya saing Malaysia semakin ketara akibat ketidakstabilan negara.


Bertenang memupuk keharmonian, kestabilan


Akhirnya, Pesta Hantu Lapar juga masa yang paling sesuai untuk berehat. Secara tradisi, sepanjang bulan 7 kalendar Cina, masyarakat Cina kebiasaan mengurangkan aktiviti luaran kerana mitos adanya hantu lapar berkeliaran mendatangkan nasib buruk kepada mereka.


Oleh itu, pada bulan ini, merupakan bulan sesuai untuk ahli politik merehatkan fikiran mereka dan menjauhi hiruk-pikuk politik toksik.


Pasca PRN 2023, semua harus bertenang. Ahli politik harus melihat melangkaui sikap partisan untuk mencari titik persamaan dan membuat perancangan jangka panjang untuk masa depan negara. Keharmonian dalam politik antara kerajaan dan pembangkang membantu mewujudkan persekitaran yang stabil untuk meningkatkan kepercayaan pelabur luar negara terhadap Malaysia.


Kebetulan, Pesta Hantu Lapar tahun ini berlangsung dalam bulan Sambutan Hari Kebangsaan. Ia menawarkan kita masa untuk bertenang dan mula mencari titik persamaan antara semua yang kepincangan pendapat. KEADILAN meraikan kepelbagaian, sama seperti latarbelakang Malaysia yang bermasyarakat majmuk.


Seperti yang saya selalu katakana, ‘setiap perbezaan kita ketepikan, setiap sambutan kita rai bersama.’ Dalam sambutan Hari Kebangsaan serta Pesta Hantu Lapar, marilah kita merenung kembali cabaran politik Malaysia dan usahakan penambahbaikan bersama.


Perkuatkan Malaysia Madani dan mantapkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kestabilan Malaysia tercinta. Ingat, hantu yang lapar tidak menakutkan, hantu politik lebih mendatangkan kemusnahan.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page