Hans tekad satukan semula Ampang jika berpeluang pimpin cabang KEADILAN



Cabang KEADILAN Ampang dianggap telah berpecah kepada beberapa paksi sejak mantan Naib Presiden Datuk Zuraida Kamarudin meninggalkan parti.


Beberapa kumpulan dilihat cuba mengembalikan kegemilangan KEADILAN di kawasan itu namun masih belum berjaya.


Bagi calon Ketua Cabang Ampang, Hans Isaac, beliau menjadikan perpecahan di Ampang yang merupakan kampung halamannya itu sebagai pembakar semangat untuk muncul sebagai pemimpin di cabang berkenaan.


Katanya, tekad beliau adalah untuk menyatukan kembali Ampang dan mengembalikan kekuatan KEADILAN.


"Ampang ini telah dipecah terlalu banyak. Bagi kami, (misi adalah) untuk satukan balik rakan di Ampang. Cukuplah geng itu ini.


"Bagi saya dan rakan rakan, kalau parti bagi peluang untuk ketuai cabang, kami akan satukan balik Ampang untuk Pilihan Raya Umum akan datang dan juga program CSR (bantuan) yang ada. Kami angkat isu rakyat.


"Kita tahu isu di Ampang. Lembah Jaya ada isu, Bukit Antarabangsa ada isu. Kita kena nilaikan apa yang boleh kita buat," katanya ketika ditemui di majlis agihan 5 ribu pek bubur lambuk anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain, petang tadi.



Hans yang sering bergerak dengan NGO KamiBudakAmpang berjanji akan merangkul semua kekuatan, sama ada parti, NGO dan persatuan sosial dalam menyatukan Ampang dan mewujudkan 'Ampang Baharu' yang lebih inklusif dan mengutamakan kebajikan warganya.


"Saya selalu katakan Ampang ini kampung saya. Saya sudah 40 tahun lebih di Ampang Jaya.


"Masa kita semangat, masa jatuh. Macam macam kami alami di Ampang. Kami nak elakkan ini berlaku di masa hadapan.


"Kami bergerak dalam NGO KamiBudakAmpang. Tetapi ini bukan untuk (saya) masuk ke Ampang sebagi calon tetapi (lebih) memberi peluang kepada rakan kita untuk kerjasama. Bagi saya yang senior kita perlu pengalaman (untuk membantu), kita perlu juga rakan yang muda, semangat untuk bergerak, yang muda kita pakai tenaga mereka," katanya.


Menyedari tidak mudah berhadapan persaingan 7 penjuru dalam pertandingan merebut ketua cabang, Hans berharap ahli parti yang mengundi kelak mengutamakan track record calon dan bukannya isu isu lain.


Ditanya apakah beliau akan berjaya menyatukan Cabang Ampang sekiranya menang, Hans optimis mampu melakukannya.


"Setiap calon ada kumpulan mereka sendiri. Walaupun calon itu wawasan tak sama dengan kita tetapi rakan beliau ada wawasan yang berbeza (dari calon)


"Jadi kita kena jumpa balik, apa keperluan mereka, apa kehendak mereka sebab nak sokong orang itu atau ini.


"Sejak beberapa minggu ini kami jumpa ramai orang. Kita nak tahu apa kehendak mereka, kesusahan mereka. Ada orang masuk dengan sebab tertentu untuk diri sendiri


"Tetapi untuk kami di sini kalau ada sesiapa datang nak cakap pasal diri sendiri, minta maaf, kami tak akan berbincang. Nak bincang, bincang pasal kita, rakan rakan, sahabat, tak kira usia agama, yang muda atau wanita.


"Ini kehendak kita untuk masa hadapan Ampang. Kami katakan untuk Ampang baru," katanya lagi.


Bagaimanapun sekiranya tidak berjaya dalam persaingan Hans berjanji akan kekal bersama KEADILAN dan meneruskan aktiviti kebajikan melalui NGO KitaBudakAmpang

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER