top of page

Hanif Hasan kekal Ketua Cabang KEADILAN Rembau

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Apr 15, 2021
  • 1 min read


Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan bahawa Datuk Hanif Hasan kekal memegang jawatan Ketua Cabang KEADILAN Rembau.


Beliau selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Sembilan berkata, pihaknya sedang menunggu surat pelantikan tersebut daripada Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


"Status Hanif masih Ketua Cabang Rembau dan Timbalannya adalah Datuk Dr S Streram.


"Kalau ikut peraturan beliau memang masih lagi sah Ketua Cabang," katanya.


Ini sekali gus menjawab segala persoalan berhubung perebutan kerusi Ketua KEADILAN Cabang Rembau.


Hanif baru sahaja dilantik sebagai Ketua Cabang bagi menggantikan R Tanggam yang digantung keahlian sejak dua tahun lalu.


Bagaimanapun, Streram didakwa merasakan dirinya lebih wajar dilantik sebagai ketua cabang memandangkan sebelum ini beliau memegang jawatan timbalan berbanding Hanif sebagai naib ketua.


Namun, Aminuddin berkata penstrukturan semula KEADILAN Cabang Rembau perlu dilakukan bagi membolehkan jentera parti bergerak dengan lancar sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page