Hampir 20,000 rakyat Selangor disaring ujian Covid 19
- Redzuan Shamsudin
- May 21, 2021
- 1 min read

Ujian saringan besar-besaran Covid 19 di setiap DUN di Selangor telah menyaring hampir 20,000 orang.
Menurut Menter Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, saringan tersebut telah berjaya mengesan sebahagian besar ‘silent carrier’ bagi memutuskan rantaian Covid 19.
"Ini juga adalah antara faktor menyumbang jumlah kes yang tinggi di Selangor," katanya dipetik.
Langkah itu juga katanya, membolehkan kerajaan mengesan hampir 80 peratus individu berusia di antara 20 hingga 40 tahun yang didapati positif Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.
Kerajaan Selangor telah melaksanakan Saringan Komuniti Bersasar kepada warganya secara percuma bermula 8 Mei di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sasaran dua DUN dalam sehari.
Setakat ini sebanyak 14 DUN telah mengadakan ujian saringan percuma di kawasan masing-masing.
Saringan itu juga selaras dengan prinsip Find, Trace, Test, Isolate dan Support System (FTTIS) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor.
Comments