top of page

Hampir 2,000 kertas undi tidak dikembalikan punca Zawawi tewas?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 13, 2023
  • 1 min read


Kejanggalan yang berlaku dalam pilihanraya di DUN Sungai Kandis semalam perlu disiasat secara rapi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Menurut calon DUN Sungai Kandis terdapat 'kejanggalan tidak munasabah' semasa penjumlahan undi bagi kerusi itu apabila hampir 2,000 kertas undi dikesan hilang.


Beliau yang tewas tipis dengan 167 undi kepada calon PN berkata, beberapa saluran didapati hilang antara 200 hingga 500 kertas undi selepas penjumlahan dibuat di pusat penjumlahan rasmi DUN Sungai Kandis.


"Maksudnya kertas undi dikeluarkan dengan kertas undi yang dikira tidak sama," kata Zawawi dipetik dalam sidang media kira kira pukul 1 pagi tadi.


Berliau berkata hal itu telah diadukan kepada ketua tempat pengundi (KTM) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun pegawai yang bertanggungjawab mendakwa terdapat kemungkinan pengundi membawa balik kertas undi.


"Kalau satu dua kertas undi kita boleh terima, tetapi bila kita buat penjumlahan, ada satu saluran sampai 200 (hilang), ada saluran lain sampai 500. Takkan sampai 500 orang bawa kertas undi balik?


"Jadi, kami rasa tidak munasabah dan ada perkara perlu disiasat," kata beliau.


Mantan Exco Selangor itu berkata jumlah kertas undi yang tidak dikembalikan di dalam Borang 14 yang ditandatangan oleh pihak SPR dan wakil calon juga tidak sama dengan angka yang diumumkan malam tadi.


"Borang 14 yang ditandatangan KTM menunjukkan sebanyak 1,964 kertas undi tidak dikembalikan tetapi di papan skrin hanya catat 110 sahaja," katanya.


Beliau menambah antara saluran didapati berlaku kehilangan kertas undi paling banyak ialah Bandar Puteri, iaitu kubu kuat PH sejak sekian lama.


Zawawi berkata beliau akan mencabar keputusan tersebut dengan menghantar petisyen kepada SPR dalam tempoh 21 hari bagi mencabar keputusan itu di mahkamah.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page