top of page

Hamas letak senjata: Pendirian Malaysia mengenai Palestin tidak berubah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 2
  • 1 min read

ree

Pendirian Malaysia mengenai hak Palestin untuk wujud sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat kekal teguh dan tidak berubah.


"Palestin mempunyai hak untuk wujud, dan kita tidak melihat perkara lain," tegas jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil dipetik media.


Fahmi sebelumnya diminta mengulas laporan yang mendakwa 17 negara termasuk Qatar, Arab Saudi, dan Mesir yang menandatangani deklarasi menuntut Hamas meletakkan senjata dan berhenti mentadbir Palestin.


Deklarasi itu sebagai usaha menamatkan peperangan yang merosakkan wilayah itu.


"Kita perlu masa meneliti antara yang diminta dalam dokumen tersebut termasuklah hal yang disebut tadi.


"Jadi kita beri sedikit masa kepada Wisma Putra untuk meneliti sepenuhnya dokumen yang dimaksudkan," tegasnya.


Menurut beliau, mesyuarat Jemaah Menteri diadakan semalam telah meminta Menteri Luar memberi kenyataan Menteri berhubung isu itu kepada Dewan Rakyat pada awal minggu depan.


"Kemungkinan antara Isnin hingga Rabu. Saya yakin beliau akan memberikan penjelasan lebih terperinci," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page