top of page

Hak kerakyatan: Wanita PH gesa Ahli Parlimen sokong pindaan



Keputusan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dalam memberi hak kerakyatan kepada anak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia wajar disokong semua pihak.


Wanita Pakatan Harapan (PH) berkata, Langkah itu manifestasi komitmen dan keberanian oleh Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan kesaksamaan jantina dan sekaligus memenuhi hak kanak-kanak dan wanita sepertimana yang termaktub dalam The United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC), 1989; dan the Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women (CEDAW),1995.


Justeru tegasnya, semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik dan jantina perlu tampil menyokong pindaan itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.


"Pindaan ini membawa makna dan semangat besar untuk menjamin kesejahteraan hidup wanita dan kanak-kanak Malaysia, khususnya yang telah sekian lama ditangguhkan akibat kurangnya kehendak politik dan keberanian kepimpinan sebelumnya.


"Oleh kerana pindaan Perlembagaan ini nanti adalah pindaan Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti 2/3, Wanita PH menyeru agar semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik dan gender untuk teguh menyokong pindaan ini sebulat suara," kata ketuanya Aiman Athirah Sabu dalam satu kenyataan.


Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara berkenaan telah diteliti dan dipersetujui oleh mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.


Menurut kenyataan itu, mesyuarat Jemaah Menteri telah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1) (e) dan Bahagian II, Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.


Sementara itu dalam kenyataan sama, Wanita PH menegaskan komited untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus memberikan tumpuan menyingkirkan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita di Malaysia.


Mereka turut merakamkan penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam memperjuangkan hak wanita Malaysia untuk memberikan kerakyatan kepada anak-anak yang terkesan dengan isu itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page