Gunakan tempoh lockdown percepatkan proses vaksinasi


Perwakilan Negeri Kedah, Adam Loh menyeru kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh digunakan untuk mempercepatkan proses vaksinasi negara.


Beliau berkata, gesaan itu dibuat kerana menyifatkan proses vaksinasi negara berjalan dengan amat perlahan ketika ini.


"Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sudah dilancarkan malangnya ia berjalan dengnan lambat sekali.


"Laporan antarabangsa minggu lalu meramalkan jangka masa untuk negara kita mencapai imuniti kelompok dengan 75 peratus adalah selama 19 bulan berdasarkan kadar vaksinasi ketika ini.


"Ini bermakna negara akan capai imuniti kelompok pada Disember 2022.


"Namun maklumat terkini hanya 6.7 peratus rakyat divaksin dengan dos pertama, ramai lagi yang menunggu vaksin.


"Gunakan masa lockdown ini untuk percepatkan vaksinasi. Jangan sekadar melontarkan stay at home sebaliknya gunakan masa ini supaya dua minggu kemudian kadar jangkitan diturunkan dan boleh membantu percepatkan imuniti kelompok," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional Kali Ke-15.


Beliau juga meluahkan kebimbangan terhadap bilangan yang belum mendaftar vaksin terutamanya di kawasan pedalaman.


"Sistem online tidak mesra semua lapisan rakyat dan penerangan dari kerajaan tidak meyakinkan.


"Di negeri saya antara peratusan pendaftaran paling tercorot di negara ini, kurang 30 peratus. Ini menunjukkan kempen kerajaan tidak berapa berkesan untuk golongan ini," katanya.


Justeru, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya mengumpulkan sukaralewan kumpulan dari pelbagai ideologi.


"Ini bagi mencari satu kaedah bagaimanakah untuk mengambil vaksin dan mendaftar vaksin segera.


"Gerakkan semua orang dari pimpinan tertinggi sehingga ketua kampung bagi memberi penerangan tentang vaksin.


"Boleh wujudkan stesen vaksin dalam pekan di kampung dan kawasan pedalaman, pastikan semua orang mendaftar dan keluar mengambil vaksin supaya boleh tamatkan pandemik ini secepat mungkin," katanya.


Oleh itu, Adam meminta kerajaan supaya menunjukkan kebijaksanaan pemimpin bukannya mewujudkan kekeliruan.


"Masa berjalan, kerajaan harus sedar program vaksinasi bergerak perlahan dan menjadi kelemahan untuk memerangi Covid-19.


"Vaksin bukanlah penawar untuk mengakhiri pandemik, namun ia sememangnya mampu menjadi pengubah keadaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER