Gunakan pendekatan moden, kurang karbon tangani masalah pengangkutan bandar



Pembinaan lebuh raya baharu bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di bandar besar tidak lagi menjadi pilihan di negara negara maju.


Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, hanya Malaysia yang mana dipimpin ahli politik BN - PN yang berfikiran kolot masih tidak dapat melihat penyelesaian pemeliharaan alam sekitar dan merendahkan pencemaran karbon di negara ini.


Katanya, Malaysia perlu beralih kepada sistem pengangkutan awam yang maju serta pintar melalui rangkaian terowong bawah tanah bagi mengurangkan jaringan lebuh raya serta mengelakkan konfrantasi dengan penduduk kerana lebih banyak tanah bagi membina laluan bertol.


"Kerajaan dalam hal ini perlu membina sistem kereta api dan jalan raya transit bawah tanah yang pintar kerana ia akan mengurangkan kos pengambilan tanah, mempunyai sifar perobohan hartanah, mengurangkan peralihan struktur dan utiliti sedia ada serta mengurangkan pencemaran semasa pembinaannya.


"Kerajaan juga perlu menyediakan bas awam yang lebih kerap dan menggalakkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam yang akan mengurangkan kesan karbon. Jadikan mereka ini seiring (dan hidup) bersama sistem pengangkutan transit massa bawah tanah," katanya.


Maria juga menyarankan konsep pembangunan yang lebih terancang ke atas bandar baharu. Beliau berkata bandar baharu perlu dibina di kawasan yang jauh daripada badar raya sedia dan sesetengah industri serta syarikat komersial sedia ada perlu digalakkan untuk berhijrah ke kawasan baharu bagi mengelakkan kesesakan berlanjutan.


"Perancangan baharu perlu untuk menggalakkan kawasan bandar agar mengurangkan beban di pusat. Ini bermakna mempunyai pandangan jauh dan wawasan untuk membangunkan bandar dan kawasan perumahan baharu yang terancang dengan baik.


"Perlu disediakan insentif mobiliti untuk kedua-dua penduduk, syarikat komersial dan perindustrian untuk menggalakkan mereka keluar dari pusat tersebut," katanya lagi.


Tegas Maria, andainya kerajaan dan pihak pemaju hartanah boleh melakukan 4 perkara berkenaan maka rakyat akan mempunyai persekitaran yang lebih sihat, kurang karbon dan alam sekitar yang mampan untuk masa kini dan akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER