top of page

Gunakan peluang, kelonggaran sambut Ramadan kali ini sebaik-baiknya - MB Selangor



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta umat Islam di negeri itu menggunakan sedikit ruang dan kelonggaran yang diberikan pihak berkuasa dalam menyambut Ramadan pada tahun ini dengan sebaik-baiknya.


Beliau menyeru agar umat Islam khususnya di Selangor melakukan aktiviti yang berfaedah kali ini di samping bermuhasabah terhadap apa yang dilakukan sepanjang tahun lepas.


"Kita pernah dan telah melalui cabaran yang besar ketika Covid 19 melanda (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) tahun lalu) dan kita laluinya dengan jaya.


"Tahun ini Ramadan sedikit berbeza (PKPB). Tahun lalu kita terkurung di rumah dan tidak mempunyai akses kepada komuniti


"Tahun ini kita ada sedikit peluang dan saya rasa ia perlu diraikan dan dilalui dengan penuh penghayatan yang jitu untuk kita benar-benar berubah menjadi manusia yang baik dan transform ke arah insan yang lebih baik


"Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan karim al mubarak kepada semua," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page