Disiplin Ramadan perlu digunakan untuk memperkukuhkan jati diri dan meningkatkan produktiviti serta membantu membangunkan masyarakat dan negara.
Hal itu ditekankan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam perutusan Hari Raya Aidilfitrinya.
"Allah telah menetapkan bahawa kita akan melalui Ramadan setiap tahun, kerana Ramadan adalah satu disiplin yang mengajar kita mengatur kehidupan seharian.
"Ramadan memberi peluang kepada kita mengimbau dan bermuhasabah tentang privasi kita dan hubungan kita dengan Allah sepanjang tahun yang lepas.
"Jika disiplin yang kita ada dalam Ramadan ini kita gunakan dalam kehidupan seharian selepas Ramadan dan seterusnya, itu akan menjadikan kita orang yang lebih menyumbang kepada keluarga dan hubungan kita dengan Allah serta membantu masyarakat secara keseluruhannya," kata Rafizi.
Justeru Timbalan Presiden KEADILAN itu dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mengharapkan seluruh rakyat Malaysia meraikannya dengan penuh kegembiraan.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri dan raikanlah ia dengan detik bahagia bersama keluarga tersayang sementara mereka masih ada," katanya lagi.
コメント