top of page

Guna sentimen perkauman hasut rakyat bertentangan semangat Malaysia



Sentimen perkauman dan agama sempit yang dimainkan oleh pihak PN menghasut rakyat membenci Pakatan Harapan (PH) untuk mendapat undi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu bertentangan dengan semangat muhibah berbilang kaum di Malaysia.


ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz berkata, ahli politik tidak sepatutnya menggunakan sebarang sentimen perkauman yang boleh memecah belahkan rakyat demi mendapat kuasa.


"Apa yang kita lihat sepanjang kempen berlangsung, sentimen perkauman diguna sebagai api untuk menghentam dan menghasut orang lain dan ia terlalu jauh bertentangan dengan semangat Malaysia sebenar.


"Dalam Malaysia perbezaan kaum itu kita raikan, kita hormati tetapi apabila sentimen perkauman dimainkan parti politik maka itu satu tindakan yang tidak wajar," katanya dalam sidang media selepas beberapa pemimpin PH membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.


Menurut Setiausaha Agung MUDA itu, pihak polis seharusnya bertindak segera sebelum keadaan dalam negara menjadi tidak terkawal dan pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan huru hara.


"Kalau kita biarkan lama benda ini berlegar di ruang media sosial dia akan mengapikan lebih ramai orang.


"Pihak polis jangan ambil ringan, mereka perlu ambil tindakan ke atas semua yang terlibat," katanya.


Berkenaan nasib seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai BumiLangit yang mengumpulkan video adu domba di twitter, Amira berkata pihak polis tidak seharusnya menyiasat beliau dengan perintah reman berhari hari, sedangkan pihak yang membuat rakaman video tersebut masih bebas.


"Saya juga suka menyentuh tentang isu penahanan pengguna twitter BumiLangit di mana dia telah direman kerana dia membawa kepada perhatian umum video yang memainkan isu perkauman.


"Saya rasa itu sangat tidak wajar. Kenapa BumiLangit direman berhari hari sedangkan akaun yang memainkan unsur perkauman ini belum ada apa apa update dari pihak polis tentang tindakan ke atas mereka yang menggunakan isu perkauman," katanya lagi.


Justeru, beliau mahu polis fokus bertindak ke aats individu yang membuat video berkenaan kerana terang terangan telah melakukan kesalahan di sisi undang undang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page