top of page

Bruce Gilley cendekiawan "biasa-biasa", tidak wajar dijemput ke Malaysia



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cendekiawan yang berkualiti rendah tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat ke negara ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen seorang ahli akademik Amerika Bruce Gilley di platform sosial X, yang mendakwa dia meninggalkan Malaysia kerana bimbangkan keselamatannya disebabkan oleh gerakan “gerombolan fasis-Islam yang dipacu oleh kerajaan”.


"Sejak mula lagi cendekiawan mediocre (biasa-biasa sahaja) tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat. Selebihnya Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) sudahpun menjelaskan segalanya," katanya dipetik Bernama.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Akademi MAB dan majlis pecah tanah Bangunan Simulator Penerbangan di Sepang, Selangor hari ini.


Zambry sebelum ini dilaporkan berkata dakwaan Gilley bahawa Malaysia bukan negara selamat untuk dikunjungi sebagai kenyataan yang amat berbahaya sehingga boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada ramai pihak.


"Sekarang pun kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia tidak selesa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, contohnya kedutaan Amerika mengesahkan Malaysia masih negara yang selamat untuk dilawati," katanya.


Terdahulu di Putrajaya, Zambry berkata, sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.


Justeru beliau berkata, dakwaan bahawa sekatan itu menyekat kebebasan akademik tidak seharusnya ditimbulkan.


Selasa lalu tular di laman sosial X suatu hantaran dimuat naik profesor sains politik Bruce Gilley yang juga pro-Zionis, mengenai kehadirannya dalam sebuah program di Universiti Malaya.


Universiti Malaya telah memohon maaf atas perkara itu selain mengecam profesor berkenaan berkaitan kenyataannya bahawa Malaysia bukan negara selamat untuk dilawati.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page