top of page

Guna politik khidmat, dekati hati pengundi - Tan Sri Affandi



Oleh: Abdullah Zaid


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan pendekatan politiknya adalah konsep khidmat yang menjadi panduan untuknya bergerak sehingga ke akar umbi.


Dengan tekad ‘Kemaman untuk Kemaman’, calon anak jati memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah utama yang membelenggu buat warga itu


"Buat masa sekarang kita ambil dan tumpu apa yang disuarakan oleh rakyat sebagai input untuk kita selesaikan secara immediate dan perkara yang memerlukan proses jangka masa tertentu akan dibawa ke Kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Chabang, Kerteh, hari ini.


Dalam pada itu, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut menganggap musim hujan akibat angin Monsun Timur Laut itu tidak menghalang pergerakannya bertemu dengan seramai mungkin pengundi di Kemaman.


Jeneral (B) Affandi mendengar masalah pengundi Kemaman

Justeru, Raja Mohamed yang lebih mesra dipanggil Affandi itu berkata, beliau tidak mahu membuang masa malah tetap meneruskan kempen walaupun dalam keadaan hujan.


"Hujan bukan halangan bagi saya untuk berkempen, bertemu pengundi dan tidak akan buang masa (berkempen) dalam masa agak singkat ini.


"Masa itu emas, dalam keadaan agak singkat dan cuaca tidak menyebelahi kita, apa yang ada pada waktu itu, saya ambil, saya buat.


"Lagipun saya askar, hujan tidak menjadi halangan buat saya," jelasnya lagi.


TS Affandi bersama wartawan Suara Keadilan, Abdullah Zaid

Dalam tempoh berkempen pada 18 November hingga 2 Desember ini, Affandi (calon nombor satu) bakal merebut kerusi Parlimen Kemaman dengan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden Pas.


Kira-kira 141,790 pengundi diberi hak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam memilih calon baharu bagi kerusi itu setelah penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan kemenangan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page