top of page

GRM gesa semua pihak hulur bantuan kepada mangsa banjir



Gabungan Reformis Malaysia (GRM) yang menghimpunkan 10 NGO pro reformasi hari ini menyeru semua NGO prihatin dan pihak pihak yang berkemampuan menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa banjir, khususnya di Selangor.


Menurut koordinator GRM, Mustaffa Kamil Ayub, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terbatas kerana bencana banjir pada tahap 3 yang pada prosedurnya di bawah tanggungjawab Menteri Persekutuan, bukan lagi Pihak Berkuasa Tempatan.


Sehubungan itu, rakyat yang berkemampuan diseru menghulurkan bantuan segera memandangkan bantuan dari kerajaan agak lewat.


"GRM menyeru semua pihak berwajib dan masyarakat dapat sama-sama menghulur dan menggerakkan bantuan sesegeranya kepada mereka terbabit.


"GRM juga selaku NGO bersama beberapa NGO, pihak agensi kerajaan, swasta dan individu sedang menggerakkan Misi Bantuan Banjir dengan fokus negeri Selangor bagi mangsa yang terbabit," kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Selain itu, Mustaffa juga meminta mangsa dan saudara terdekat yang terkena musibah agar bersabar.


Tidak perlu terlalu menyalahkan pihak berwajib dalam keadaan banjir pada skala besar dan di luar jangka.


"GRM mengikuti dengan rapat perkembangan bencana yang melanda negara terutama beberapa buah negeri


"Sesungguhnya bencana ini adalah ujian dan teguran Allah swt kepada rakyat Malaysia dan menguji keprihatinan dan muafakat bersama kita.


"Kami merakamkan rasa simpati dengan semua yang terbabit dan menyeru semua meningkatkan kewaspadaan dengan ancaman bencana ini," katanya lagi.


GRM merupakan gabungan 10 pertubuhan pro Reformasi yang berjuang ke arah kesedaran dan kebangkitan rakyat menuju Malaysia yang lebih baik.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page