top of page

Grab ke bursa saham AS: Apa yang tinggal untuk Malaysia? - Chean Chung



Rancangan syarikat e-hailing dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara untuk disenaraikan di bursa saham Amerika Syarikat (AS) dengan harga pasarannya mungkin mencecah AS$ 40 bilion (RM160 bilion) sewajarnya membuka mata menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengkaji apakah kekurangan persekitaran ekonomi Malaysia.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, Grab bukanlah syarikat yang berasal dari Singapura sebagaimana diketahui umum, sebaliknya ditubuhkan di negara ini oleh warganegara Malaysia. Bagaimanapun, peraturan menafikan pengumpulan modal di atas platform ekonomi gig menyebabkan syarikat itu berhijrah keluar.


"Hakikatnya pada permulaan Grab beroperasi di Malaysia dengan mengguna nama perniagaan MyTeksi. Namun, ibu pejabatnya telah berpindah ke Singapura sejak tahun 2014.


"Mengapakah Kerajaan Malaysia gagal mengekalkan syarikat berteknologi yang berjaya di Asia Tenggara pada permulaan?


"Berdasarkan laporan majalah perniagaan Finance Asia, syarikat tersebut memilih untuk menindahkan tapaknya ke Singapura disebabkan masalah undang-undang dan peraturan pengumpulan modal antarabangsa di Malaysia. Manakala Singapura memberi insentif dan diskaun dari segi cukai serta lebih mampu menarik modal antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Masalah kegagalan kerajaan BN menyediakan platform undang-undang untuk syarikat 'berasaskan masa hadapan' itu, kata Chean Chung diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan PN memujuk kembali syarikat berkenaan menanam lebih banyak modal di Malaysia.


Katanya dengan peraturan yang tidak mesra ekonomi gig sejak sedekad lalu, syarikat yang membesar di Singapura itu sebaliknya memilih AS untuk mengembangkan perniagaan.


"Saya beranggapan kegagalan Malaysia membentuk dan membangun syarikat teknologi Unicorn ini (bernilai AS$ 1 bilion) merupakan tamparan hebat dan kegagalan untuk negara kita.


"MyTeksi merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh warganegara Malaysia pada tahun 2012, malahan nama perniagaan tersebut mempunyai tanda Malaysia (MY) tetapi berpindah ke Singapura selepas dua tahun.


"Ia menimbulkan keraguan orang awam terhadap keupayaan dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan dan Perindustrian serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam penggubalan dasar yang sesuai untuk kerjasama (berlandaskan perniagaan konsep masa hadapan).


"Sehingga ke hari ini, kerajaan masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan kehilangan atau kerugian tersebut kepada orang awam. Yang meragukan juga adakah kita akan mengakui kesilapan kita dan mengambil pelajaran terhadap insiden ini?" tanyanya


ADUN Semambu itu berkata, Malaysia bukan sahaja kehilangan syarikat Grab, malahan pengasas dan pengerusi syarikat tersebut Anthony Tan juga telah menjadi warganegara Singapura sejak tahun 2016.


Katanya, hal itu merupakan tamparan hebat kepada program kerajaan, MyCorp yang mahu membawa pulang bakat-bakat besar tempatan tetapi mencipta kejayaan di luar negara.


"Jika kita gagal mengekalkan syarikat dan bakat yang berjaya di Malaysia, bagaimanakah negara kita dapat memperolehi modal dan bakat lagi?


"Saya mendesak Kerajaan PN untuk memberi laporan terperinci berkenaan dengan kes ini, dengan melakukan tinjauan komprehensif dan penambahbaikan dalam menarik pelaburan asing, menarik bakat, mekanisme inkubasi, ekosistem modal teroka dan dasar teknologi kita," katanya lagi.


Bagi Chean Chung, tiada guna menyalahkan bakat-bakat tersebut kononnya tidak bersikap patriotik dan memainkan sentimen perkauman kerana faktor itu tidak terpakai lagi dalam hukum globalisasi ekonomi.


Menurutnya, persaingan disebabkan faktor globalisasi akan bertambah sengit dan dunia tidak akan memberi kita sebarang ruang untuk kelalaian dan saling menyalahkan.


Satu persoalan dilontarkan oleh Chean Chung, adalah kerajaan Malaysia sudah bersiap sedia dari segi fikiran dan tindakan mereka untuk menghadapi globalisasi ekonomi? Andainya belum, apakah yang tinggal buat Malaysia?

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page