top of page

GPS salah guna dewan mengundi, langgar peraturan pilihan raya


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas didakwa menggunakan dewan pengundian bagi tujuan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


Beliau mendakwa, Dewan Serbaguna Long Latei di DUN Telang Usan dipenuhi poster calon dan bendera GPS dan berlangsungnya program agensi kerajaan negeri.


"Hari ini, saya melihat satu lagi kejanggalan di Dewan Long Latei mendapati sedang berlangsung satu program kerajaan negeri Sarawak di bawah Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang berlindung di sebalik apa yang disebut sebagai program kajian masyarakat Penan yang melibatkan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).


"Dewan komuniti Long Latei ini adalah di mana tempat akan berlangsungnya proses pengundian pada 18 Nov nanti. SPR akan menggunakan dewan ini untuk proses pada hari mengundi.


"Tapi, kita boleh lihat dewan ini dipenuhi poster calon dan bendera GPS yang terang-terang sebenarnya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihan raya," katanya.


Justeru, Saifuddin meminta SPR bertindak segera terhadap agensi dan jabatan kerajaan negeri yang berkempen untuk parti politik.


"Tempoh kempen 12 hari ketika ini, berlaku penglibatan jabatan dan agensi kerajaan berlindung di sebalik kerajaan sebenarnya sedang menjalankan kempen untuk GPS.


"Adalah salah bagi agensi kerajaan menyertai dalam kempen PRN ini.


"Pendedahan ini saya buat untuk mendesak pihak yang bertanggungjawab khususnya jawatankuasa pemantauan di bawah SPR yang terdiri daripada pelbagai agensi bagi melakukan tindakan segera kerana ini adalah jelas pelanggaran terhadap pelbagai peraturan dan undang-undang pilihan raya," katanya.


Calon KEADILAN DUN Telang Usan, Philip Jau Ding berdepan pertandingan empat penjuru menentang penyandang Dennis Ngau (GPS), Gia Bala (PBK) dan Jau Jok@ Jenggo (PSB), dengan Ngau mempertahankan kerusinya pada 2016 dengan majoriti tipis 167 undi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page