top of page

Golongan muda perlu ceburi bidang tenaga boleh baharu - Amir Hamzah



Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyarankan golongan muda memanfaatkan peluang daripada inisiatif kerajaan yang turut mendorong peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB).


Bercakap dalam media selepas menghadiri sesi forum bertajuk "Accelerating Malaysia's Sustainable Future" sempena program Youth Empowerment Fair 2024 (YEF 2024) di Kuala Lumpur pada Sabtu, Amir Hamzah berkata, penglibatan golongan muda juga akan mempercepat usaha kerajaan menjayakan dasar peralihan tenaga negara.


Selain golongan muda, syarikat tempatan juga jelasnya wajar menyambut baik usaha kerajaan, terutama berhubung komited untuk menurunkan impak jejak karbon.


"Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional yang membolehkan syarikat mengambil peluang berganjak kepada TBB.

"Usaha kerajaan itu termasuk memberikan akses pembiayaan melalui sistem perbankan yang mana bank-bank memperkenalkan pembiayaan hijau. Pihak bank (terbabit) juga telah memberi komitmen pembiayaan melebihi RM200 bilion bagi menggalakkan peralihan industri kepada ekonomi rendah karbon," katanya dipetik.


Terdahulu pada forum itu, Amir Hamzah turut berkongsi usaha Bank Negara menyediakan dana RM892 juta bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) untuk memudahkan mereka beralih kepada model perniagaan yang rendah karbon.


"Secara ringkasnya, kerajaan berusaha dari segi penetapan dasar, menyediakan kemudahan serta insentif dan seterusnya memastikan pasaran turut melaksanakan (perkara itu)," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page