Godam telefon: Lawan politik PH terdesak - Chean Chung



Penggodaman nombor telefon calon-calon Pakatan Harapan (PH) mungkin dilakukan oleh pasukan lawan yang sudah terdesak dan kekeringan idea.


Hal itu diungkapkan Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung dalam sidang media tengah hari tadi.


"Pastinya mesej sebegini bukan datang dari calon PH. Pada masa sama, saya anggap ini tindakan terdesak dari pihak lawan yang ingin mengelirukan, atau untuk memberi satu persepsi yang teruk ke atas calon calon kita," katanya.


Beliau meminta penerima mesej palsu agar menyemak apa sahaja yang diterima kerana dengan teknologi terkini mesej palsu amat mudah untuk dibuat dan disebarkan.


"Saya sempat membaca beberapa contoh mesej yang diterima pengadu dan disampaikan oleh calon kepada kami. Saya lihat penerima mesej kebanyakannya masyarakat Tioghua dan pengundi di kawasan masing-masing. Mereka rasa marah pada mulanya sebab mereka terima mesej yang begitu pelik kononnya dari nombor telefon calon tersebut.


"Di sini saya minta pengundi kenal pasti nombor terlebih dahulu, kerana teknologi sekarang melakukan perkara menjijikkan ini bukan susah sangat seperti dahulu," katanya.


Mengulas isu sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik menasihatkan pihak-pihak yang bertanding atau membantu kempen agar bertarung secara sihat serta tidak mengamalkan budaya fitnah dalam politik


"Kurang 24 jam dari sekarang, esok hari pembunagan undi. Jadi saya tujukan kepada parti parti yang bertanding jangan gunakan taktik jijik ini. Kita biar bertanding secara sihat.


"Pada semua yang bertanding jangan guna taktik ini, kita negara Islam tidak digalakkan tuduh menuduh. Fitnah memfitnah antara kita. Walaupun bukan sesama agama, kaum Cina atau India jangan dilakukan perbuatan jijik macam ini," kataya.


Manakala kepada pengundi luar Melaka, Halim merayu agar mereka pulang mengundi dan memastikan Melaka ditadbir oleh ahli politik terbaik untuk 5 tahun akan datang.


"Kepada semua pengundi Melaka yang berada di luar, saya rayu balik mengundi mengikut DUN masing-masing. Ikut masa dan nombor giliran yang tertera dalam semakan daftar pemilih sebab pengundian kali ini berbeza sebab kita dalam situasi Covid 19.


"Kita jangan leka, kalau boleh ikut masa ditetapkan. Mengundi awal itu mungkin warga emas dan OKU. Anak-anak muda di sebelah petang. Kita boleh semak melaui laman web SPR.


"Saya rayu sekali lagi beri mandat kepada Harapan," katanya


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER