top of page

GLC, GLIC perlu berubah adaptasi persekitaran teknologi baharu - Nurul Izzah



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Apa yang diperlukan oleh Malaysia Madani pada masa ini adalah lebih banyak idea-idea bernas untuk dikongsi bagi membantu Perdana Menteri (PMX) membina negara bangsa yang cemerlang.


Cetusan idea yang segar dapat membantu membangunkan negara serta memberi harapan kepada rakyat untuk hidup sejahtera.


Saranan bernas amat dinantikan, bukan suara-suara sumbang yang tidak memotivasikan.


Melalui tulisan ini saya mahu berkongsi saranan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sewaktu berucap di Projek Amanat Negara anjuran Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) bagi Pelajar Malaysia (UKEC) di Universiti Oxford.


Beliau mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempunyai ‘political will’ atau kemahuan untuk melakukan perubahan bagi meletakkan ekonomi negara sebaris dengan rantau lain adalah suatu pandangan yang bernas dan perlu diberi perhatian oleh mereka yang berkaitan.


Hal ini kerana, berdasarkan persekitaran ekonomi dunia yang telah banyak berubah, menggerakkan GLC dan GLIC dengan cara atau jenis perniagaan lama tidak lagi menjamin kemampanan untuk kekal bertahan.


Perubahan demi kelangsungan GLC, GLIC


Harus ada keinginan atau iltizam di kalangan GLC dan GLIC untuk turut sama berubah.

Jika GLC dan GLIC tidak berubah dan akhirnya tidak mampu bertahan, lebih buruk kalau mengalami kerugian, sudah tentu negara yang menerima kesannya.


Dalam ucapan sama, Nurul Izzah menyeru agar GLIC dan GLC melonjakkan pelaburan mereka dalam sektor digital serta tenaga boleh diperbaharui bagi melebarkan pasaran ke negara serantau seperti yang ditetapkan dalam aspirasi negara.


"Sekiranya syarikat tempatan berjaya meningkatkan penggunaan teknologi, maka rakyat akan memperolehi manfaat melalui peluang pekerjaan yang lebih besar.


"Ia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai yang diperoleh kerajaan," jelas beliau.


Syarikat tempatan turut perlu berubah


Sehubungan itu, tambah beliau, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Pelan Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 (Zero Net 2050) harus dijadikan panduan agar mampu melonjak ekonomi dan kelestarian negara ke paras yang lebih baik lagi.


Untuk itu, apa yang dilontarkan oleh Nurul Izzah ini mesti diambil perhatian selain oleh GLC dan GLIC, tetapi juga oleh syarikat-syarikat tempatan yang lain.


Untuk mencapai kemajuan yang seiring dan memberi kesan yang maksimum kepada ekonomi negara pada masa depan, mahu tidak mahu, semua pihak perlu berubah.

__________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page