Oleh: Fiza Halim
Kecaman di media sosial dan kenyataan sesetengah tokoh masyarakat kononnya kerajaan bertindak keterlaluan sehingga memangsakan ekonomi Melayu-Islam dengan menahan ahli dan pemimpin Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) sama sekali tersasar daripada realiti.
Bagi mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri, kes GISBH lebih daripada perniagaan orang Melayu yang tidak patuh undang undang dan penyelewengan akidah Islam yang ditokoh tambah ajaran khurafat.
Kata beliau, isu berkenaan tidak perlu diherotkan sebagai ketidakadilan kerajaan terhadap perniagaan Melayu atau sebagainya.
Malah menurut Syamsul, berdasarkan kenyataan Lembaga Zakat Selangor (LZS) syarikat berkenaan tidak membayar zakat, juga terdapat pula dakwaan menindas pekerja sudah cukup untuk memberi imej negatif terhadap perekonomian Melayu-Islam.
"Kita tengok secara zahir operasi ekonomi itu secara Islam (sebelum menyatakan mengikut ajaran Islam).
"Namun sebaliknya operasi ekonomi, perniagaan (GISBH) itu sudah terpesong (menindas pekerja). Akidah pun terpesong.
"Dalam aspek perniagaan terutama dalam Islam, dia perlu ada konsep Muamalat yang menjurus kepada pengagihan harta secara adil, tetapi (GISBH) melakukan operasi perniagaan secara tidak adil.
"Islam mengajar kita jika memberikan pekerjaan kepada satu pihak, perlu bayar upah dia. Tetapi (GISBH) menafikan hak-hak jemaah dan tidak ikut syarak serta undang-undang negara," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Ustaz Syamsul Firdaus berkata, pihak kerajaan seharusnya mengambil tanggungjawab memberi penerangan secukupnya kepada umat Islam agar tidak menganggap pemimpin GISBH sebagai hero agama atau ekonomi Islam.
Hal itu penting, katanya, agar tidak mengulangi pengharaman al Arqam yang gagal menyekat orang Melayu daripada terus mengikut ajaran songsang pertubuhan itu malah menubuhkan pelbagai entiti lain dengan mengamalkan Aurat Muhammadiyah yang difatwakan sesat.
"Ini tanggungjawab kerajaan memelihara agama dan ia satu keperluan.
"Agama telah dicemarkan dengan kumpulan seperti ini demi kepentingan dia (sesetengah individu). Kerajaan perlu berusaha memberikan penerangan yang jelas mengenai hal itu," katanya.
Untuk rekod, kerajaan melalui pelbagai pihak berkuasa terutama PDRM telah melumpuhkan perniagaan dan rumah penjagaan kanak kanak milik GISBH di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya.
Berpuluh puluh pemimpin GISBH dari pelbagai hirarki telah ditahan reman untuk tujuan siasatan pelbagai dakwaan jenayah membabitkan penderaan terhadap pelajar, eksploitasi terhadap kanak-kanak, buruh paksa, kesalahan jenayah seksual termasuk
Comments