top of page

GII 2025: Malaysia sasar kumpulan negara inovasi terbaik



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang giat meneroka dan membangun inisiatif baharu bagi meningkat keupayaan industri tempatan.


Menterinya Chang Lih Kang berkata, Malaysia pada ketika ini berada di kedudukan kedua paling berinovatif dalam 36 negara kumpulan berpendapatan sederhana atasan mengalahkan Bulgaria di kedudukan ketiga.


Bagi kedudukan ASEAN pula Malaysia kekal di bawah tangga kedua selepas Singapura.


"Negara ini juga kekal pada kedudukan ke-36 daripada 132 negara dalam laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023, tetapi skor mencatatkan peningkatan skor kepada 40.9 tahun ini berbanding 38.7 pada tahun sebelumnya (2022).


"Peningkatan skor didorong pelbagai inisiatif antaranya penubuhan Jawatankuasa Inter Agensi Pemantauan Daya Saing Global Inovasi Indeks 2021 membabitkan semua kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan.


"Bengkel Penyelarasan Input Inisiatif Global Innovation Index telah diadakan pada September lalu membabitkan semua kementerian dengan objektif meningkat dan memperbaiki prestasi semasa GII," katanya ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen R Yuneswaran (PH-Segamat) mengenai strategi inovasi dan pengkomersialan (C&I) yang akan digarap dalam penyampaian perkhidmatan awam bagi mendukung Malaysia menjadi antara 30 negara terunggul dalam GII menjelang 2025.


Dalam pada itu, sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12, MOSTI pada ketika ini giat melaksanakan beberapa inisiatif baharu bagi memastikan memastikan Malaysia berada di kedudukan 30 negara teratas dalam GII menjelang tahun 2025.


"Kementerian sedang melaksanakan Dasar Pengkomersialan Harta Intelek dan Reka Cipta Dibiayai Kerajaan 2021 hingga 2025 bagi meningkatkan pasaran tempatan.


"Selain itu, MOSTI juga menyediakan maklumat pasaran ekosistem untuk membantu Bursa Malaysia mengenal pasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan dalam bursa," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page