top of page

Gesaan pembangkang isu kehakiman tidak masuk akal, patut fokus bantu negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

Oleh: Hasbul Ahmad


Tindakan pembangkang yang terus mengasak kerajaan berhubung isu kehakiman sebagai “tidak masuk akal” dan “langkah ke belakang” ketika negara sedang berdepan cabaran geopolitik dan ekonomi global yang semakin mendesak.


Mantan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah (gambar) berkata, pembangkang juga dilihat ketandusan isu sehingga sengaja mengheret isu berkaitan dakwaan campur tangan kerajaan dalam pelantikan kehakiman meskipun perkara itu sudah dijelaskan berkali-kali dan tiada sebarang bukti kukuh dikemukakan.


"Mereka cuba kritik, tapi kritikan itu kosong. Tidak membantu. Sepatutnya ini masa untuk semua pihak bersatu bantu kerajaan menghadapi cabaran global, bukan mencipta naratif politik murahan," kata Sivarasa kepada Suara Keadilan.


Beliau turut mempersoalkan keutamaan pembangkang dengan “mengganggu” fokus pentadbiran ketika Malaysia sedang giat membuat persiapan penting, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung Oktober ini dan dijangka dihadiri pemimpin utama dunia.


"Perdana Menteri (PMX) sedang membawa Malaysia ke pentas global, membuktikan negara kita, walaupun bukan kuasa besar, masih mampu memainkan peranan bermakna dalam isu-isu antarabangsa.


"Dalam masa sama, RMK ke-13 akan dibentangkan bulan depan dan ini sepatutnya jadi tumpuan, bukan melayan dakwaan tanpa asas," tambahnya.


Malaysia kini turut mempengerusikan Sidang Menteri Luar ASEAN, selain sedang menilai semula kedudukan ekonomi negara dalam landskap baharu seperti tarif AS terhadap negara membangun, ketegangan Timur Tengah, serta impak daripada perang Rusia-Ukraine.


Justeru Sivarasa menggesa pembangkang memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif di Parlimen, bukan sekadar mencetus polemik.


"Kalau idea kerajaan itu baik, sokonglah. Ini soal masa depan negara, bukan soal parti.


"Tapi sayangnya, mereka (pembangkang) sudah hilang arah. Tidak tahu jalan mana yang betul," kata bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar itu lagi.


Sivarasa berkata, pendekatan Perdana Menteri yang dilihat lebih progresif dalam menangani isu antarabangsa termasuk kerjasama dengan blok ekonomi BRICS serta pendirian tegas terhadap isu kemanusiaan seperti konflik Palestin-Israel.


"Kita ada dasar luar yang jelas. Kita ada dasar ekonomi yang sedang dibentuk semula.


"Jadi lebih baik fokus kepada pemulihan dan daya tahan negara, daripada layan taktik lapuk," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page