top of page

Gerak kerja pilihan raya tidak perlu tunggu keputusan rasmi pemilihan parti - Rafizi



Memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang semakin hampir, calon Timbalan Presiden KEADILAN yang diumumkan menang secara tidak rasmi Rafizi Ramli berkata, gerak kerja pilihan raya perlu diadakan segera tanpa menunggu keputusan rasmi parti pada bulan Julai.


"Pandangan saya mengenai tindakan menangguhkan keputusan pemilihan KEADILAN baru-baru ini akan disampaikan mengikut saluran dalaman.


"Keutamaan kita adalah membina kepercayaan rakyat kepada agenda masa depan yang boleh memperbaiki kehidupan rakyat.

PRU15 sebenarnya sangat dekat dan sewajarnya urusan dalaman parti-parti politik diselesaikan secepat mungkin.


"InshaAllah saya akan mula mengumumkan gerak kerja kempen untuk berkongsi idea-idea baru melalui Ayuh Malaysia minggu depan," kata Rafizi dalam satu kenyataan.


Naib Presiden KEADILAN itu juga merayu bantuan dan saranan daripada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan ke arah lebih baik menyumbang dalam platform yang ditetapkannya untuk memulakan langkah ke Putrajaya melalui PRU 15.


"Saya mohon bantuan seberapa rakyat Malaysia untuk mengikuti dan turut serta dengan menyumbang buah fikiran dan tenaga.


"Kerajaan akan bertukar ganti tetapi negara akan terus maju apabila rakyat yang baik hatinya dan ikhlas niatnya kekal menggerakkan idea-idea pencerahan yang mendepankan kebajikan rakyat.


"Jangan berharap kepada ahli politik semata-mata, rakyatlah raja sebenar negara ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page