top of page

'Geng penyakau' gelisah ketegasan Anwar lawan rasuah



Ketegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membenteras rasuah menyebabkan kumpulan 'geng penyakau' besar merasa terdesak sehingga terpaksa mengugut Perdana Menteri (PM).


Pengerusi Pertubuhan Jaringan Insan Madani, Aidi Amin Yazid berkata pihak terbabit terpaksa 'mengugut' untuk menghalang kemaraan PM kerana takut dikenakan tindakan.


"Dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, rakyat dapat menilai langkah-langkah yang diambil PM bagi mengatasi ketirisan wang dan menghapuskan amalan korup dalam pentadbiran.


"Tidak perlu hendak ugut kerana rakyat dah tahu bagaimana kerajaan yang wujud hari ini mampu melakar masa depan negara dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai visi dan matlamat berpandukan egalitarianisme iaitu semua manusia pada dasarnya sama dari segi taraf nilai atau moral secara asasnya.


"Sungguhpun masih ada jurang ketidaksefahaman politik, namun kewujudan sebuah negara berdaulat memberikan jaminan kesejahteraan kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan bangsa," katanya dipetik.


Setiausaha Cabang KEADILAN Ampang itu berkata demikian mengulas pendedahan PM sebelum ini mendakwa menerima ugutan daripada 'geng penyakau' selepas pentadbirannya secara terbuka menyatakan tekad menyelamatkan negara daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.


Sementara itu tambah Aidi Amin, prinsip Malaysia Madani yang diketengahkan Perdana Menteri adalah hasil pengalaman selama lebih empat dekad dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij dunia.


Tambahnya lagi, usaha mengembalikan negara ke landasan yang benar dari segi ketelusan tadbir urus dan pemantapan ekonomi memerlukan iltizam daripada seorang pemimpin.


"Bukan mudah untuk melakukan satu perubahan tanpa sokongan, tapi mudah untuk menghancurkan kerana sakit hati kerana ruang korupsi sudah ditutup.

"Reformasi tidak boleh berlaku sekelip mata tetapi keazaman dalam setiap insan untuk bersifat ihsan sebagai sebuah masyarakat Malaysia Madani mampu melakar semula kisah negara kita," jelasnya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page