top of page

Generasi Keadilan anjur Kejohanan Golf Classic Keadilan 2023



Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia (GK) yang mengumpulkan pejuang awal KEADILAN baru baru ini menganjurkan kejohanan golf dengan usahasama PiNS Media Resources di Bukit Beruntung Golf & Country Resort, Selangor.


Kejohanan bertujuan merapatkan anggota Generasi Keadilan itu mendapat penyertaan 88 peserta dari sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Melaka, Johor dan yang paling jauh dari Sarawak.


Perlawanan dilakukan secara "Handicap Of The Day Stableford". Kejohanan yang bermula jalm 7.00 pagi itu berakhir pada pukul 2.00 petang dan kesemua peserta dijamu makanan tengahari oleh pihak penganjur.


Pengerusi kejohanan dan sekretariat GK Malaysia, Mazli Saring dalam ucapannya berkata kejohanan seperti itu perlu diadakan lebih kerap untuk merakyat sukan golf dan mengeratkan hubungan sesama anggota GK bersama agensi Kerajaan Negeri Selangor.

Mazli Saring ketika memberi ucapan

"Saya berterima kasih kepada barisan AJK program yang terdiri dari anggota GK Malaysia, Media Komunikasi Nasional (MyKom) dan Pusat Informasi Negeri Selangor (PiNS) yang memberi komitmen memastikan kelancaran kejohanan ini sejak sebulan lalu hingga berjaya dilaksanakan.


"Inshallah, kejohanan sama akan diadakan lagi," kata Mazli yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor.


Dalam kejohanan yang ditaja oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan melibatkan Mifli Venture Sdn Bhd, Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd serta Bukit Beruntung Golf & Country Resort itu Hafidz Alwi diumum sebagai pemenang Medal A Champion dengan handicap 8, manakala Megat Sharifuddin Medal B Champion handicap 13 dan Medal C Champion disandang oleh Mohammad Nizam dengan handicap 19.


Masing-masing menerima trofi iringan Piala Kristal dan beg golf Srixon. Juara keseluruhan kejohanan Gross Score Champion, diungguli oleh Dr Sani Ashaari denggan handicap 7 membawa pulang trofi utama serta barangan sukan golf beserta aksesori.


Sebelum itu, para peserta menerima cenderahati berupa baju golf berjenama Titleist, topi berjenama sama, pewangi kereta serta brochure Iltizam Selangor Penyayang pada sesi pendaftaran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page