top of page

Gen Z: Kementerian Komunikasi mahu anjur Projek Sigma 2.0

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 1 min read

Dalam usaha memperkukuh hubungan dan kefahaman terhadap keperluan Generasi Z (Gen Z), Kementerian Komunikasi merancang untuk menganjurkan Projek Sigma 2.0.


Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata pelaksanaan fasa kedua Projek Sigma menerusi kerjasama dengan Google itu bakal melibatkan enam agensi utama di bawah kementerian dapat memahami dapatan daripada projek fasa satu yang dilaksana Mei lepas.


"Kita bercadang menjemput Google ke Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).


"Projek sebelum ini tidak melibatkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sebab itu saya mahu dapatan daripada Projek Sigma dikongsikan dengan agensi di bawah Kementerian Komunikasi.


"Dalam hal ini, saya berharap Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Bernama, IPPTAR dan Jabatan Komunikasi Komuniti dapat terlibat," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Menara Komunikasi di Putrajaya pada Khamis.


Projek Sigma sebelum ini dilaksanakan selama 10 minggu dengan kerjasama Google dan beberapa organisasi media arus perdana termasuk Sinar Daily, The Star, NSTP dan Sin Chew Daily. Fokusnya ialah memahami pola komunikasi dan kehendak Gen Z dalam era digital dan kepesatan teknologi.


Menurut Fahmi, kerjasama strategik itu turut membuka ruang untuk menyesuaikan pendekatan penyampaian maklumat kerajaan selari dengan cabaran baharu termasuk pengaruh kecerdasan buatan (AI) dan perubahan landskap media.


Beliau juga sementara itu mencadangkan agar IPPTAR menjadi hos pelaksanaan Projek Sigma 2.0, sebagai pusat latihan dan transformasi komunikasi yang lebih dinamik untuk menghadapi perubahan zaman.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page