top of page

Gelombang hijau sudah patah balik - Mat Sabu


Oleh: Abdullah Zaid


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin ‘gelombang hijau’ kian surut susulan kemenangan selesa di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pulai dan Simpang Jeram bulan lalu.


Susulan itu, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) tersebut optimis kemenangan selesa buat BN dalam mengekalkan kerusi DUN Pelangai hasil kerjasama utuh di antara komponen PH-BN sepanjang kempen PRK berlangsung.


"Rakyat datang balik menyokong kita di PRK Pulai dan Simpang Jeram ia memberi isyarat ombak hijau dah patah balik.


"Justeru, saya arahkan semua jentera AMANAH dan PH untuk kerja kuat memenangkan calon BN seperti jentera BN menangkan calon kita (PH) di Johor (Pulai dan Simpang Jeram)," katanya dalam ceramah Mega di Pelangai, malam tadi.


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Raja itu mengingatkan pengundi DUN Pelangai untuk tidak termakan dengan fatwa Pas yang disifatkannya berubah-ubah apabila bekerjasama dengan parti lain.


Tegasnya yang juga mantan Timbalan Presiden parti tersebut berkata, UMNO yang telah difatwakan sebagai kafir itu pernah ‘dibersihkan’ dalam kerjasama Muafakat Nasional (2019-2022) sebagai ‘anugerah allah’.


"Kemudian apabila mereka berkawan dengan DAP (Pakatan Rakyat) mereka kata DAP hormat Islam dan junjung (Perlembagaan) Persekutuan. Kemudian mereka kata lain pula apabila tidak bersama dengan DAP," ujarnya lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page