top of page

Gejala rasuah menjadi jadi, kerajaan perlu bertindak tegas - PH



Gejala rasuah yang semakin menjadi jadi terutama dalam pendedahan perbicaraan mahkamah merisaukan Pakatan Harapan (PH).


Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan BN yang terus berdiam diri sedangkan terdapat kes melibatkan bekas pegawai tinggi perkhidmatan awam yang akan menjadi contoh tauladan kepada seluruh penjawat awam.


"Majlis Presiden PH menimbulkan rasa risau serta marah apabila meneliti berita kejadian-kejadian rasuah yang semakin menjadi-jadi.


"Terbaharu melibatkan keterangan mahkamah Tan Sri Mohd Sidek Hassan, mantan Ketua Setiausaha Negara merangkap ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


"Berdasarkan laporan media, beliau menerima bayaran sehingga sebanyak RM30,000 sebulan walaupun tiada sebarang mesyuarat lembaga penasihat 1MDB diadakan. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana pada ketika beliau menerima bayaran-bayaran berkait 1MDB ini, beliau masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara," kata Majlis Presiden dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu juga membangkitkan pendedahan di mahkamah yang melibatkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi yang didakwa menerima dana ratusan ribu ringgit sebulan.


"Dalam kes berhubung Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), seorang bekas pengarah UKSB berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima di antara SGD200,000 hingga SGD520,000 sebulan.


"Bekas pengarah itu juga berkata Khairy Jamaluddin melalui Umno Bahagian Rembau telah menerima di antara RM50,000 hingga RM200,000.


"Kedua-dua kes ini amat merisaukan, bukan hanya kerana ia melibatkan tokoh-tokoh politik besar tetapi juga tokoh utama perkhidmatan awam," kata mereka.


Justeru, Majlis Presiden PH mengulangi tuntutan agar kerajaan BN bertindak tegas dalam kes kes yang melibatkan Menteri yang masih berkuasa serta menggubal akta berkaitan pendanaan politik.


"Majlis Presiden PH mengulangi komitmen memerangi rasuah.


"Oleh itu, beberapa reformasi dan tindakan tegas perlu dilaksana Kerajaan pada kadar segera termasuk Rang Undang-Undang Pendanaan Politik serta meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah bidang kuasa Parlimen," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page