Gebeng tidak sesuai sebagai tapak perlupusan sisa radioaktif



Kelulusan tapak pembinaan PDF Pelupusan Sisa Radioaktif Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng yang diberi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) kelmarin menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sekitar Gebeng.


Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Semambu, Chan Chun Kuang dan Pengurus KEADILAN Hal Ehwal Parlimen Indera Mahkota Zuraidi Ismail, kawasan perindustrian Gebeng selama ini diwartakan sebagai tempat perindustrian petrokimia, bukan tempat pelupusan sampah apatah lagi dijadikan tempat pelupusan sisa-sisa radioaktif mega.


Kata mereka, dengan keputusan membenarkan pembinaan PDF di kawasan Perindustrian Gebeng akan menyebabkan lebih daripada 10,000 pekerja di kawasan itu dan penduduk yang berdekatan akan terdedah kepada risiko sisa radioaktif.


"Kawasan perindustrian ini berada di kawasan yang rendah dan mempunyai ‘Water Table’ (air bawah tanah) yang tinggi.


"Kami sangat khuatir perubahan iklim dunia pada masa hadapan akan menyebabkan kawasan ini kerap berlaku banjir dan tenggelam. Ini boleh menyebabkan risiko terjadinya bencana akibat pencemaran sisa-sisa radioaktif yang berada di situ.


"Di luar negara, sisa-sisa radioaktif dibuang ke kawasan yang jauh daripada penempatan manusia dan tempat yang kering.

"Sebaliknya, tapak yang diluluskan untuk pembinaan PDF di Pahang adalah di atas tanah gambut, berdekatan dengan penempatan manusia dan mempunyai ‘Water Table’ tinggi. Ini menggambarkan negara kita tidak menggunakan piawaian yang tinggi dalam pelupusan sisa radioaktif," kata mereka dalam satu kenyataan.


Mereka juga musykil terhadap keupayaan pihak syarikat Gading Senggara Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus sisa tersebut kerana didakwa tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hal menguruskan sisa-sisa radioaktif.


"Kami berasa amat kecewa dengan kelulusan membina PDF di Gebeng oleh Jabatan Alam Sekitar.


"Kami meminta supaya keputusan tersebut dikaji semula dan ditarik balik kerana ia melibatkan isu keselamatan dan kesihatan yang sangat serius kepada warga Kuantan," kata mereka lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER