top of page

Garis panduan khusus dibentuk pantau pokok di Kuala Lumpur



Satu garis panduan khusus pemeliharaan ‘pokok tua’ di sekitar ibu negara akan segera dibentuk, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Mengulas kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel di Kuala Lumpur lewat petang semalam, Dr Zaliha berkata kebanyakan pokok di ibu kota sudah berada dalam lingkungan usia 50 hingga 80 tahun dan mempunyai risiko tinggi mendatangkan kecederaan.


"Walaupun kita nampak memang (keadaan) pokok (kelihatan masih) tegap, tapi saya rasa memang sudah tiba masanya dalam keadaan cuaca tidak menentu kita perlu ada garis panduan untuk kita lakukan sesuatu untuk keselamatan kepada pengguna jalan raya dan sekitar," katanya dipetik usai melawat lokasi kejadian yang mengakibatkan satu kematian itu.

Difahamkan kejadian berlaku susulan hujan lebat dan angin kuat.Ia turut membabitkan 17 kenderaan dan menghalang landasan monorel berhampiran.


Sementara itu menurut Dr Zaliha, pemeriksaan pokok-pokok di Kuala Lumpur dilakukan secara kerap oleh DBKL dengan pemantauan dibuat dua tahun sekali.


"Pokok yang tumbang hari ini adalah pokok lama berusia lebih 50 tahun dan ia di bawah pemantauan pihak swasta," katanya.


Susulan kejadian itu tambahnya, DBKL akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas disebabkan kejadian tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page