top of page

Gantung atlet: Jenaka ada batasan, elak ketidakselesaan antara kaum



Tindakan penggantungan ke atas atlet hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang menimbulkan kontroversi apabila memberikan respon mengandungi unsur perkauman di dalam media sosial miliknya boleh menjadi pengajaran kepada atlet lain.


Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Nabil Halimi berkata tindakan itu penting untuk menjamin keharmonian kaum di negara ini, lebih lebih lagi Hanis merupakan bintang sukan yang mempunyai peminat.


"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertindak cekap dan pantas dengan mengambil tindakan tegas menggantung penglibatan Hanis Nadiah Onn dalam mana-mana tugasan antarabangsa termasuk Sukan SEA Cambodia 2023.


"Tindakan tersebut cukup penting bagi meredakan suhu dan memelihara keharmonian pasukan wanita hoki negara yang pastinya terkesan terhadap tindakan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Nabil dalam pada itu tidak bersetuju dengan pendapat Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Saari yang menuntut supaya KBS menarik semula tempoh penggantungan Hanis setelah permohonan maaf dibuat serta menanggap ianya sudah mencukupi.


Katanya, amalan berjenaka tanpa berfikir panjang apatah lagi oleh seorang bintang sukan tidak boleh dijadikan budaya di Malaysia.


"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa jangan sesekali kita izinkan amalan membudayakan jenaka terutamanya melibatkan bangsa berlaku secara berterusan


"Hal itu jelas memberi impak negatif dan menjejaskan kerharmonian yang sudah terbina sekian lama.


"Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan mengamalkan budaya saling hormat menghormati di antara satu sama lain, elakkan perkara-perkara mengaibkan dan menghina bangsa lain.


"Ianya merupakan satu pengajaran dan perlu diambil iktibar oleh seluruh rakyat Malaysia terkait isu ini agar keharmonian masyarakat terus terjamin dan hubungan erat dalam kalangan masyarakat kekal kukuh," katanya lagi.


Tegas Nabil, kestabilan Malaysia akarnya berada pada semangat perpaduan rakyatnya. Maka isu isu yang boleh menjejaskan perpaduan tidak boleh dipandang enteng.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page