top of page

Ganti rugi RM3 juta kehilangan Amri: Jabatan Peguam Negara fail rayuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah lebih RM3 juta kepada isteri aktivis, Amri Che Mat.


"Setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Yang Arif Hakim, jabatan ini akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut," katanya.


Perkara berkenaan dimaklumkan AGC menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi berjumlah RM3 juta kepada isteri Amri selepas memutuskan kedua-dua pihak itu bertanggungjawab ke atas kehilangan aktivis berkenaan pada 24 November 2016.


Perintah itu adalah untuk membayar ganti rugi am dan teruk berjumlah RM2,000,000, ganti rugi teladan berjumlah RM1,000,000, ganti rugi khas berjumlah RM14,457.52 dan kos prosiding berjumlah RM250,000 yang menjadikan jumlah keseluruhan ganti rugi dan kos adalah sebanyak RM3,264,457.52 beserta faedah kepada isteri aktivis tersebut, Norhayati Mohd Ariffin.


Hakim Datuk Su Tiang Joo turut mengarahkan PDRM membuka semula siasatan kehilangan Amri bermula hari ini dan melaporkan perkembangan kepada Peguam Negara setiap dua bulan.


Beliau memutuskan demikian selepas membenarkan saman isteri Amri, Norhayati apabila mendapati plaintif berjaya membuktikan kesnya berdasarkan kepada prinsip imbangan kebarangkalian.


Norhayati memfailkan saman itu bagi mendapatkan maklumat tentang nasib suaminya dan menuntut pampasan, berdasarkan dapatan laporan pasukan Petugas Khas.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page