top of page

Gangguan seksual atlet negara: Menteri Belia, Sukan perlu siasat segera



Pendedahan Ratu Sukan Terjun Negara, Datuk Pandalela Rinong bahawa beliau pernah menjadi mangsa lawak lucah yang dilakukan bekas jurulatihnya selama tujuh tahun perlu dijawab segera oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir pendedahan di akaun twitter Pandalela itu perlu disiasat segera, bukannya memperosalkan tempoh waktu gangguan seksual dan pengakuan mangsa.


"Kita mengharap maklum balas segera dari Menteri Belia dan Sukan bagi menggesa siasatan atas pendedahan Pandalela. Namun, amat mengecewakan apabila Menteri tersebut hanya mempersoal mengapa baru sekarang Pandalela menghebohkan perkara ini.


"Menteri sepatutnya memahami situasi Pandalela sebagai mangsa dan tidak perlu mempersoalkan mengapa baru sekarang bersuara.

"Alangkah baik jika beliau memberi sokongan kepada atlet seperti Pandalela yang berani tampil bersuara serta berkerjasama dengan beberapa pihak bagi menyiasat perkara ini," katanya.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEDILAN Malaysia itu lagi, menteri tidak sepatutnya memperkecilkan isu berkenaan kerana hal gangguan seksual bukan pertama kali didedahkan oleh atlet negara.


"Menteri tidak wajar melihat isu ini remeh sedangkan ia sering membelenggu atlet negara. Kita melihat pendedahan demi pendedahan dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan gangguan seksual samada melalui sentuhan atau secara lisan masih berlaku.


"AMK menghormati dan memandang tinggi keberanian mangsa-mangsa bersuara dan berharap mangsa-mangsa lain samada pernah diganggu secara seksual atau sedang diganggu untuk tampil bersuara. AMK tidak akan berkompromi terhadap isu gangguan seksual dan mengambil pendirian bahawa perkara ini perlu dipandang serius.


"Ini penting bagi memastikan suasana yang harmoni di semua tempat termasuk di pusat latihan atlet dan pelaku tidak boleh diberi ruang sehingga menakutkan generasi pelapis atlet negara akan datang," katanya lagi.


Selain itu, AMK juga menyarankan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat mewujudkan saluran pemberian maklumat (whistleblowing channel) yang komprehensif untuk menerima aduan dan maklumat berkaitan kes-kes seperti kes gangguan seksual terhadap atlet negara.


Kata Akmal, hal itu bagi membolehkan atlet yang memberi maklumat dilindungi dan seterusnya menjamin keselamatan mereka.





0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page