top of page

Gangguan seksual atas talian: Ibu-bapa perlu awasi kanak-kanak lebih rapi


Susulan laporan dakwaan gangguan seksual baru-baru ini yang melibatkan akaun Instagram kepunyaan pengasas produk kosmetik Safiey Illias yang melibatkan kanak-kanak bawah umur, Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Wasanthee Sinnasamy menyeru agar ibu bapa lebih prihatin dan mengawasi anak-anak mereka.


Menurut beliau, gangguan seksual akan menyebabkan kanak-kanak tersebut menjadi mangsa pedofilia walaupun tanpa kesedaran mereka.


"Saya memandang serius perkara ini. Secara tidak langsung kanak-kanak tersebut menjadi mangsa pedofilia walaupun mereka tidak sedar dan menganggap perbualan itu hanyalah jenaka semata-mata.


"Kemungkinan perbualan sebegini yang akan membawa kepada “sexual grooming” atau dandanan seksual kanak-kanak. Saya kesal dengan perlakuan sebegini yang akan membawa kepada kerosakan moral generasi akan datang


"Semua lapisan masyarakat harus mengambil insiatif dan cakna dalam melindungi keselamatan anak-anak daripada anasir-anasir tidak bertanggungjawab, lagi-lagi yang berlaku dalam talian sebegini. Pantaulah media sosial anak-anak anda, pastikan mereka mengunakan pada satu tempoh yang dihadkan, kawal dengan menetapkan kata laluan dalam telefon bimbit dan ibu bapa juga harus mengetahui cara-cara ataupun aplikasi melindungi anak-anak dengan sekuriti dan kod," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut Wasanthee, ibu bapa juga perlu tahu kesan-kesan sampingan dalam penggunaan telefon bimbit yang berlebihan pada kanak-kanak dan mencari jalan terbaik dalam memberi kebenaran penggunan telefon berkenaan oleh kanak-kanak


"Penggunaan berlebihan menyebabkan masalah tingkah laku, ketagihan pada gajet, kemurungan, gangguan tidur, obesiti, masalah perhatian dan pendengaran serta masalah sistem saraf.


"Laporan terhadap SKMM juga harus dipratikkan jika terdapat siaran ataupun ciapan yang meragukan ataupun yang menunjukkan kanak-kanak sedang dicabul ataupun dandanan seksual berlaku dalam talian," katanya.


Sehubungan itu, tegas Wasanthee lagi, kerajaan juga harus mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani isu jenayah seksual pedofilia termasuk pada aspek pencegahan, perundangan dan intervensi, sistem sokongan dan penyelidikan lanjut untuk membantu memantapkan sistem sedia ada.


Katanya, dengan mempercepatkan proses kehakiman bagi kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak juga dapat menbendung masalah tersebut.


"Saya menyeru semua pihak harus mengambil peduli dan cakna dalam memastikan perlakuan yang tidak diingini ini dapat dibenteras terutama dalam keadaan pandemik yang rata-rata pengunaan telepon pintar menjadi satu kaedah dalam proses pembelajaran dalam talian," katanya.


Beliau juga turut mengingatkan rakyat bahawa jenayah seksual semakin meningkat berdasarkan statistik polis. Sejumlah 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan.


Manakala, kes rogol mencatat jumlah paling tinggi dengan 651 kes cabul 344 kes, sumbang mahram 106 kes luar tabii 106 kes dan kesalahan di bawah Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) sebanyak 514 kes.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page