top of page

Diskusi MAPIM sentuh isu perang Iran, geopolitik Timur Tengah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Ustaz Mohd Fakhrulrazi (dua dari kiri) berbincang bersama pemimpin asing berhubung konflik di Timur Tengah
Ustaz Mohd Fakhrulrazi (dua dari kiri) berbincang bersama pemimpin asing berhubung konflik di Timur Tengah

Satu sesi diskusi melibatkan wakil kedutaan asing dan tokoh tempatan telah berlangsung di ibu negara semalam melibatkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membincangkan perkembangan semasa berkaitan konflik antarabangsa, terutama di Iran serta landskap politik global.


Menurut mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, diskusi tersebut menghimpunkan pelbagai pandangan termasuk daripada Dr Arzani dari Kedutaan Iran, Tolga Ucak dari Kedutaan Turkiye serta Presiden MAPIM sendiri, Azmi Abd Hamid.


"Diskusi bersama Dr Arzani dari kedutaan Iran Tolga Ucak dari kedutaan Turkiye, cikgu Azmi berkaitan isu perang dan politik antarabangsa," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau yang juga Ketua Misi MAPIM Rantau Asia Tenggara, perbincangan tersebut amat penting dalam meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap dinamika geopolitik yang semakin kompleks dan kesan perang di rantau Timur Tengah kepada dunia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page