top of page

Gangguan bekalan air Selangor: Fakta yang tidak diketahui



Sebaik sahaja gangguan bekalan air berlaku di Selangor maka tanggapan umum ialah menyalahkan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).


Kononnya kerajaan PH lemah dalam memastikan industri air berjalan dengan lancar sebaik sahaja Kerajaan Negeri mengambil alih industri air daripada Syabas pada 2019 dan menyerahkannya kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.


Bagi Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian, gangguan bekalan air yang terjadi sejak beberapa bulan kebelakangan ini diakibatkan oleh pelbagai faktor. Misalnya gangguan yang terbaharu pada awal November lalu bukan disebabkan kelemahan Air Selangor atau Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).


Sebaliknya, menurut Hee, kelemahan tersebut berpunca daripada sikap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Kerajaan Persekutuan yang tidak profesional serta gagal memberi amaran awal dalam tempoh waktu sewajarnya.


Kata Hee, pencemaran di loji Indah Water Konsortium (IWK), Rawang telah dikesan pada 4 November namun notis amaran tidak sampai ke agensi Kerajaan Negeri sehingga 10 November, ketika bahan cemar telah pun mengalir ke sungai.


"Kita ada WhatsApp group sumber air, di mana semua pegawai atasan berada dalam group itu termasuk saya, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Pengarah LUAS, pegawai SPAN, Pengarah PBT. Semua top gun dalam group itu. Kita harap kalau berlaku pencemaran mereka boleh muat dalam group dan kita bertindak segera, dalam masa singkat ke kawasan itu dan siasat.


"Tetapi dalam kes IWK di Taman Velox ini kita amat kecewa kerana IWK telah pun beritahu SPAN pada 4 November bahawa mereka menerima sisa berjadual yang berwarna merah ke loji itu. Mereka telah berhentikan proses loji kumbahan dan outlet (pelepasan sisa) pun stop. Tak ada keluar affluent (limpahan) daripada outlet itu. Tetapi malangnya pencemaran berlaku pada 10 November, lebih kurang 7 hari selepas (dikesan) berlaku pencemaran.


"Pada masa itu IWK dan SPAN, mereka (dakwa) ada beri notis kepada Kerajaan Negeri. Selepas Kerajaan Negeri menyiasat memang tidak menerima apa-apa surat daripada IWK atau SPAN. Walau mereka tunjuk surat, namun surat itu tak ada cop terima," katanya.


Sehubungan itu, kata Hee, beliau memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pencemaran Sumber Air Selangor. Pengarah Majlis Perbandaran Selayang memberitahu bahawa pihak mereka hanya menerima surat memaklumkan pencemaran berlaku pada 13 November. Iaitu 3 hari selepas berlakunya buangan air tercemar dari loji IWK.


"Saya tanya JAS, adakah mereka terima notis. Mereka kata tiada. Memang (dalam hal ini) berlaku kecuaian pihak IWK dan SPAN yang tidak memaklumkan segera dalam WhatsApp group.


"Kalau dimaklum kita boleh cari punca di mana. Kita hentikan semua affluent. Masalahnya di kolam kumbahan IWK ada leakage (kebocoran).


"Dua hari bahan cemar mengalir dan mencemarkan Sungai Gong, Sungai Sembah dan seterusnya Sungai Selangor," katanya menceritakan insiden sehingga menyebabkan loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihentikan.


Menurut Hee lagi, dalam lawatan beliau ke loji IWK terbabit, terdapat saluran saluran by-pass pembuangan air dari loji itu yang tidak dikenalpasti oleh pihak pengurusan menyebabkan pencemaran.


Beliau mengarahkan saluran tersebut ditutup dan pencemaran dirawat segera oleh pihak LUAS.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page