top of page

Gangguan bekalan air: KEADILAN Simpang Renggam hulur bantuan

  • 11 hours ago
  • 1 min read
Dr Maszlee (kiri) mengagihkan bekalan air meneral kepada penduduk yang terjejas gangguan bekalan air
Dr Maszlee (kiri) mengagihkan bekalan air meneral kepada penduduk yang terjejas gangguan bekalan air

Penduduk Simpang Renggam terus berdepan gangguan bekalan air yang kini memasuki tempoh seminggu, sekali gus menimbulkan kesukaran kepada warga setempat dalam menjalani rutin harian.


Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, beliau mengambil maklum keluhan rakyat yang disuarakan termasuk di media sosial, dan memilih untuk memberi tumpuan kepada usaha membantu mangsa terjejas.


"Sudah seminggu warga Simpang Renggam diuji dengan masalah air. Saya tidak mahu bicara politik meskipun banyak yang diperkatakan oleh rakyat Simpang di alam maya, terutamanya di Facebook," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, pendekatan kebersamaan perlu diutamakan dalam situasi mencabar seperti ini.


"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berbekalkan kemampuan terhad yang ada, KEADILAN Cabang Simpang Renggam cuba untuk mengurangkan beban yang ditempuhi oleh rakyat Simpang Renggam," ujarnya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan kesusahan penduduk.


"Terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu," katanya.


Orang ramai berharap isu gangguan bekalan air berkenaan dapat diselesaikan segera demi kesejahteraan penduduk yang terkesan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page