top of page

Gandingan Nurul Izzah, Mohamad kukuhkan KEADILAN P Pinang



Gandingan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dilihat mampu mengukuhkan kepercayaan rakyat Pulau Pinang kepada parti itu.


Nurul Izzah yang kembali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN negeri itu berikrar untuk bekerja keras bagi meningkatkan keyakinan orang ramai.


Anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, beliau dan Mohamad yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Pulau Pinang menerima amanah berkenaan dengan rasa penuh tanggungjawab.


"Secara bersama, kami merancang langkah selanjutnya bagi memperkukuh KEADILAN berbekal semangat yang diperbaharui untuk memaknai reformasi dalam usaha mengangkat taraf sosioekonomi kehidupan rakyat di Seberang Perai dan juga di pulau.


"Antara fokus utama ialah agenda reformasi institusi yang menggalakkan tadbir urus yang baik dalam pentadbiran," kata Nurul Izzah dan Mohamad dalam kenyataan bersama semalam.


Kedua-dua pemimpin negeri itu turut berikrar untuk mencegah penyelewengan maklumat dan melawan ekstremisme dengan mendekati masyarakat melalui kepimpinan tempatan, rangkaian masjid dan surau serta saluran maklumat dalaman parti.


"Usaha berterusan perlu dilakukan dalam membina ekosistem lebih erat, utuh dan bersatu-padu merentas keseluruhan komuniti rakyat Pulau Pinang daripada leluhur dan latar belakang berbeza," ujar mereka.


Menurut Nurul Izzah dan Mohamad, mereka juga akan berusaha termasuk mengintegrasi aktiviti pendidikan ekonomi dengan landskap pendidikan digital serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk mencapai Wawasan Pulau Pinang 2030 seperti digariskan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.


"Kami juga akan memfokuskan kepada mempromosikan Kerajaan Perpaduan pada peringkat negeri dengan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," kata mereka lagi.


Kelmarin media melaporkan KEADILAN melakukan rombakan terhadap MPN di enam negeri berkuatkuasa serta-merta membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.


Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 18 Februari lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page