top of page

Gaji progresif: Kerajaan komited naik taraf sosioekonomi masyarakat



Oleh: Helmi Mohd Foad


Keberanian Kerajaan Perpaduan membentangkan dasar gaji progresif menunjukkan pentadbiran sekarang bertekad mengorak langkah untuk menangani isu produktiviti rendah, kekangan gaji dan kesenjangan ekonomi.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata kerajaan sekarang tidak seperti sebelumnya yang banyak cakap tetapi jarang bertindak secara berani.


"Kita telah cuba gaji minimum, PLWS (Sistem Upah Dikaitkan dengan Produktiviti) dan lain-lain namun tidak berhasil. Maka dasar gaji progresif diperkenalkan sebagai ubat untuk merawat ketidakseimbangan yang telah terperangkap tersebut.


"Saya melihat dasar ini sebagai satu pendekatan radikal tapi praktikal, yang artistik tapi saintifik, yang halus tapi menyeluruh. Tahniah kepada Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Perpaduan," katanya ketika membahaskan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif dalam sidang Dewan Rakyat semalam.


Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia berkata, Kerajaan MADANI menunjukkan secara jelas bahawa negara komited untuk menaik taraf sosioekonomi pelbagai lapisan masyarakat dengan dasar gaji progresif berkenaan.


"Dalam pada menongkah pertumbuhan ekonomi, pembangunan pasaran kerja yang lebih kompetitif dan sistematik, menunjukkan kerajaan tidak hanya sekadar mahu berpaut pada pendekatan dasar gaji minimum tetapi mereformasikan pasaran pekerjaan dengan dasar gaji progresif agar terdapat peningkatan gaji yang lebih konsisten dan pengagihan yang lebih bertepatan serta seimbang untuk kebaikan rakyat bersama," katanya.


Jelas beliau, meskipun Singapura dan Korea Selatan telah melaksanakan konsep gaji progresif, Malaysia tidak perlu terlalu meniru pelaksanaan dasar itu di negara berkenaan, sebaliknya perlu ada corak dan gaya pembangunan tersendiri.


Katanya melihat kepada keperluan dan tekad yang mendesak, campur tangan kerajaan ini sebagai satu langkah radikal untuk menggalakkan pertumbuhan potensi untuk prospek prestasi kerja, yang mana akhirnya juga akan memanfaatkan majikan.


Jelasnya kebimbangan majikan juga berasas kerana pelaksanaan gaji progresif adalah bersifat sukarela dan bergantung kepada kemampuan mereka.


"Hal ini kerana insentif akan dikaji setiap tahun berdasarkan kedudukan fiskal kerajaan dan ia merupakan saluran ‘cash transfer’ yang akhirnya sampai ke dalam poket pekerja.


"Ini akan mendorong pemanfaatan insentif untuk kegiatan yang lebih produktif dan berlanjutan iaitu kenaikan gaji berkesampingan kenaikan produktiviti.


"Ini telah ditunjukkan dalam simulasi Computable General Equilibrium (CGE) yang menunjukkan kesan positif dalam KDNK, caruman KWSP dan pendapatan cukai kerajaan," katanya.


Terdahulu ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, dasar itu dijangka memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja dengan andaian pemberian insentif daripada kerajaan sebanyak RM2 bilion.


Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif itu juga dijangka memberi nilai tambahan kepada KDNK sebanyak RM3.3 bilion selain tambahan kepada caruman KWSP sebanyak RM790 juta dan hasil cukai pendapatan sebanyak dijangka RM1.8 bilion pada tahun pelaksanaan.


Dasar tersebut diluluskan Dewan Rakyat semalam.

2 comments

2 commenti


Mohd Yusof
Mohd Yusof
02 dic 2023

Good

Mi piace

Mohd Yusof
Mohd Yusof
02 dic 2023

mihdyusofabdrahman@gmal.com

Mi piace

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page