top of page

Gaji median rakyat Malaysia RM2,600 sebulan - DOSM



Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin membentangkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023


Berdasarkan laporan itu, Jabatan Perangkaan Malaysia - DOSM mendapati median atau penengah upah bulanan bagi pekerja formal warga negara ini pada Mac tahun ini adalah sebanyak RM2,600 sebulan, yang membabitkan seramai 6.45 juta orang.


Dari segi jantina, pada Mac 2023, pekerja formal lelaki merangkumi 55.5 peratus atau seramai 3.58 juta orang dengan median upah sebanyak RM2,664 sebulan.

"Sementara itu, 44.5 peratus daripada keseluruhan pekerja formal diwakili perempuan bersamaan 2.87 juta orang dengan median upah bulanan sebanyak RM2,545," katanya pada Majlis Peluncuran Laporan Statistik Upah sektor Formal di Putrajaya pada Jumaat.


Hadir sama pada majlis itu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.


"Perbandingan dengan Mac 2022, median upah bulanan bagi kedua-dua pekerja formal lelaki dan perempuan menunjukkan tren yang meningkat, masing-masing sebanyak 8.0 peratus, dan 8.6 peratus," tambahnya.


Mengenai situasi upah mengikut kumpulan umur, Mohd Uzir berkata, median upah bulanan tertinggi pada Mac 2023 direkodkan oleh pekerja formal berumur 45 hingga 49 tahun dan 40 hingga 44 tahun sebanyak RM3,500.


Beliau berkata, kedua-dua kumpulan itu secara kolektif membentuk hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja formal.


Seterusnya, median upah bulanan mula menunjukkan penurunan bagi kumpulan umur 50 hingga 54 tahun dengan median upah bulanan sebanyak RM3,400 pada Mac 2023. manakala kumpulan umur bawah 20 tahun menerima median upah bulanan terendah sebanyak RM1,500 (Mac 2023), katanya.


Mengulas lanjut mengenai situasi upah mengikut aktiviti ekonomi, kesemua sektor merekodkan peningkatan dalam median upah bulanan.


"Bagi sektor perlombongan & pengkuarian, walaupun hanya mewakili 0.5 peratus daripada keseluruhan pekerja formal, mencatatkan median upah bulanan tertinggi pada Mac 2023 sebanyak RM7,500.


"Manakala, median upah bulanan terendah diterima bagi sektor pertanian iaitu sebanyak RM1,900, menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 8.9 peratus tahun ke tahun pada Mac 2023," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page