top of page

Gagal siapkan LCS, TLDM kurang cekap terpaksa beroperasi guna aset usang - PH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 18, 2022
  • 2 min read


Kegagalan menyiapkan kapal tempur pesisir (LCS) yang ditempah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak 11 tahun lalu menyebabkan keselamatan negara dipertaruhkan.


Menurut Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, Malaysia sebagai negara maritim utama di Asia memerlukan aset terkini dalam menghadapi ancaman di lautan seperti lanun, penculikan, penyeludupan barang, imigran dan kecurian hasil laut.


Hal itu katanya, telah dibangkitkan oleh panglima TLDM, Tan Sri Mohd Reza Sany baru baru ini yang berkata 61% aset angkatan laut itu telah usang dan tidak boleh menjalankan tugas dengan baik.


"TLDM berperanan penting menjaga keselamatan di kawasan lautan yang merupakan kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi dan hidrokarbon yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara.


"Oleh itu TLDM perlu dalam keadaan siapsiaga sepanjang masa untuk mendepani ancaman maritim termasuk dari sudut kelengkapan dan keupayaan aset-asetnya," kata Fahmi membacakan kenyataan bersama Ketua ketua Penerangan dan Komunikasi PH dalam sidang media di Pusat Media PH, di Damansara, pagi ini.


Justeru menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, LCS amat diperlukan oleh TLDM.


Malangnya, menurut PH, skandal yang berlaku menyebabkan kapal tersebut masih berstatus 'halimuman' sehingga hari ini dan tidak dipastikan apakah akan disiapkan 2 tahun lagi.


"Dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentang oleh Menteri Pertahanan ketika PH memerintah negara, TLDM mengharapkan mereka mempunyai Kapal Tempur Pesisir yang dilengkapi helikopter yang memiliki keupayaan peperangan anti udara, anti permukaan, anti kapal selam. LCS juga diharapkan dapat menggantikan kapal friget dan korvet yang telah berusia.


"Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya, iaitu warga TLDM sendiri di samping rakyat negara ini.


"Kami kesal sikap kepimpinan Umno sebelum ini yang melayan tentera secara 'Take it or Leave it' apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan penggunanya iaitu anggota tentera kita. Yang dipentingkan adalah mendapat projek untuk kroni, bukannya memenuhi keperluan tentera kita," katanya.


Ketua Penerangan KEADILAN itu juga kesal dengan penukaran rekabentuk LCS daripada Sigma kepada Gowind sebagaimana dicadangkan oleh pembekal dari Perancis yang terlibat dalam kontroversi membekal kapal selam Scorpene sebelum itu.


Justeru, menurut beliau, gabungan itu pasti akan menyambung siasatan sekiranya rakyat memberi mandat kepada PH untuk memerintah dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Kami PH berjanji akan menyambung kembali siasatan yang telah dihentikan oleh kerajaan PN dan BN selepas kami dijatuhkan, jika rakyat memberikan mandat semula kepada kami dalam pilihan raya umum akan datang.


"Kita juga akan melaksanakan Kertas Putih Pertahanan yang telah dibentangkan. Kami akan memastikan tentera kita mendapat layanan terbaik dan warganya dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan terbaik untuk menjalankan tugas mereka untuk negara," katanya lagi.


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page