top of page

Gagal namakan 'poster boy' Bersatu Selangor tandus pemimpin?



Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Abdul Rashid Asari bahawa pihaknya tidak menamakan sesiapa sebagai "poster boy" parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menimbulkan tanda tanya.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin berkata, mengapa Abdul Rashid membuat kenyataan itu setelah ada ura-ura sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali atau Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin akan diletakkan sebagai "poster boy".


Jelasnya, penafian itu bukan sahaja membuktikan Bersatu Selangor tidak mempunyai calon yang layak untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar, malah membuktikan Perikatan Nasional (PN) bakal memasuki pilihanraya dalam keadaan bercelaru.


"Pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya pertama Perikatan Nasional sebagai gabungan parti pembangkang di peringkat Persekutuan.


"Saya juga ingin tahu adakah keputusan menggugurkan Azmin Ali sebagai "poster boy" Perikatan Nasional pada PRN Selangor akan datang kerana kesan khianat beliau dalam insiden 'Langkah Sheraton' atau kerana masih terpalit dengan video panas Four Point Sandakan yang masih belum selesai?" soalnya dalam satu kenyataan.


Media sebelum ini melaporkan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pemimpin dari partinya akan dipilih sebagai Menteri Besar di Selangor dan Negeri Sembilan jika PN berjaya menawan negeri itu dalam PRN.


Selain Azmin yang merupakan Pengerusi PN Selangor dan Radzi Jidin sebagai Koordinator Bersatu Selangor, nama Abdul Rashid difahamkan turut disebut-sebut akan dilantik ke jawatan itu.

Sementara itu, Razeef mempersoalkan apakah keputusan tidak menamakan mana-mana individu sebagai "poster boy" itu juga mengambarkan pemimpin Bersatu Selangor sedang bertelagah sesama sendiri dalam isu bakal calon Menteri Besar dari Perikatan Nasional?


"Dengan krisis kepimpinan, ini bakal memberi laluan sukar kepada Bersatu dan Perikatan Nasional berdepan Pilihan Raya Negeri," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page